gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
RM100,000 Menanti! Jaguh Rakan Muda Uji Stamina, Minda & Semangat Juang Anda
HIBURAN
Ibu Hanya Dibenarkan Jumpa Anna Jobling Dalam Jarak 100 Meter - “Dia Buat Saya Sampai Macam Tu…”
VIRAL
Pecah Masuk Kedai, Perompak Bertopeng Larikan Labubu
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Lee Jong Suk & Moon Ga Young Terharu Dapat Kejutan Kek Istimewa, Seronok Datang Malaysia

Mya Amri
Mya Amri
11/08/2025
15:22 MYT
Sponsor Banner
Lee Jong Suk & Moon Ga Young Terharu Dapat Kejutan Kek Istimewa, Seronok Datang Malaysia
Pelakon Korea popular, Lee Jong Suk dan Moon Ga Young hadir ke Malaysia bagi mempromosikan drama terbaharu mereka berjudul Law and The City.
Kehadiran pasangan hero dan heroin itu di sidang media Law and The City yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur juga disambut meriah oleh rakan media pada Isnin.
Jong Suk kelihatan begitu kacak memakai suit serba hitam manakala Ga Young pula nampak cantik dengan gaya kasual.
Ketika sidang media berlangsung, Jong Suk menyatakan rasa terharu dengan sambutan dan sokongan daripada peminat mereka di Malaysia.
“Semangat dan sokongan yang ditunjukan oleh mereka yang hadir untuk bertemu kami sangat mengangumkan.
“Ini juga merupakan kali pertama saya datang ke negara ini saya berada sangat bersyukur dan gembira dengan momen seperti ini.
“Saya juga sangat seronok sepanjang berada di sini dan akan pulang dengan kenangan manis bersama anda semua,” ujarnya.
Manakala Ga Young pula mengakui berasa sedikit gementar namun seronok dapat bertemu peminat di Malaysia.
“Ramai sangat yang hadir untuk bertemu kami semalam (Ahad), untuk pertama kali setelah sekian lama membuatkan saya rasa sedikit gementar,” katanya.
Lebih istimewa lagi, sebelum sidang media berakhir terdapat kejutan yang disediakan khas buat mereka berdua.
Kejutan itu merupakan dua biji kek comel bagi meraikan kedatangan mereka ke Malaysia.
Jong Suk dan Ga Young juga kelihatan teruja sebaik sahaja melihat kek istimewa tersebut.
Terdahulu, Jong Suk dan Ga Young menghadiri acara tayangan episod akhir bersama peminat di Malaysia pada 10 Ogos 2025 (Ahad).
Topic Berkaitan
#Drama
#Lee Jong Suk
#Malaysia
#Kek
#Law In The City
#Moon Ga Young
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement