Model dan pelakon yang sedang meningkat naik, Lee Soo Hyuk baru-baru ini telah menandatangani perjanjian kontrak bersama pihak pengurusan barunya, YG Entertainment.
Pelakon yang turut popular menerusi drama Lucky Romance itu juga telah mendedahkan bahawa dia sebenarnya berkawan rapat dengan penyanyi popular G-Dragon daripada kumpulan Big Bang.
Soo Hyuk juga menjelaskan kepada pihak media bahawa dia dan G-Dragon sememangnya sudah berkawan lama dan mereka saling mengenali sejak zaman remaja dan sebelum menjadi bintang popular lagi.

Selain itu, mereka juga mempunyai sebuah kumpulan rahsia yang digelar "Nutang" dan terdiri daripada Top (Big Bang), G-Dragon (Big Bang) dan Lee Soo Hyuk sendiri.
Berdasarkan akaun Istagram milik pelakon itu, turut terdapat gambar-gambar yang jelas memperlihatkan hubungan akrab Soo Hyuk dengan penyanyi paling popular di Korea Selatan, G-Dragon.

Pihak pengurusan YG Entertainment turut menyatakan bahawa mereka telah merancang stategi dan promosi buat Soo Hyuk dan berharap peminat akan terus memberikan sokongan penuh terhadapnya.

Teks Oleh : Izzat Ridzwan