Pengarah Michael Ang berasa lega selepas mengumumkan dirinya sudah memeluk Islam sejak lebih setahun yang lalu.
Menurut Michael, tiada apa yang ingin disorokkan lagi malah dia sudah boleh menjadi diri sendiri.
"Alhamdulillah, sekarang saya rasa sangat lega kerana sudah boleh jawab salam daripada semua orang.
"Malah saya juga sudah boleh jadi diri sendiri dan tiada apa ingin disorokkan lagi.
"Sebelum ini, dekat set penggambaran saya suka 'provoke' rakan artis.
"Saya tidak boleh tanya secara terus terang jika ingin mengetahui tentang kandungan Al-Quran.
"Nanti mereka akan mengesyaki saya. Saya belajar dari soalan yang dijawab oleh mereka.
"Sebelum ini ramai yang tanya saya sudah masuk Islam ke?
"Saya mampu tersengih sahaja tanpa memberi jawapan. Kadang-kadang saya rasa bersalah juga," katanya kepada Gempak.
Michael ditemui ketika majlis tayangan perdana program Ramadhan Astro di Astro, Bukit Jalil semalam.
Tambah Michael yang masih mengekalkan nama asalnya Michael Ang Hai Swee, dia mengakui bersyukur dengan penerimaan positif daripada orang ramai.
"Sejujurnya saya tiada niat untuk sorokkan pun. Saya tidak mahu membesarkan hal ini kerana bimbang akan dikecam.
"Tetapi selepas kad agama saya tersebar, mahu atau tidak saya perlu mengaku.
"Tidak sangka komen yang saya terima selepas membuat pendedahan ini semuanya positif.
"Saya bersyukur dan sangat menghargainya. Cuma satu permintaan daripada saya.
"Kalau ada salah silap saya, mohon tunjuk ajar sebab saya budak baru belajar untuk mengenal Islam," katanya lagi.
Terdahulu, menerusi sebuah video eksklusif yang dimuat naik di saluran YouTube Official Ria X, Michael mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam lebih setahun yang lalu.
BACA: Alhamdulillah! Michael Ang Dedah Sudah Peluk Islam!
Zulaikha Yusof
Wed May 01 2019


Peraduan Gempak Most Wanted

Lelaki Diseksa, Sapu Minyak Panas Pada Alat Kemaluan Sampai Kencing Berdarah Kerana Hubungan Tak DiRestui
Mimpi ngeri hubungan cinta tak direstui keluarga.

Firasat Ibu Kuat, Pelakon Ditemui Mati Ditanam Belakang Rumah Lepas 5 Bulan Hilang
Misteri kehilangan pelakon drama akhirnya terjawab.

#OhAbeNik: Sempoi, Stailo 'Malas-Malas'! Ini Gaya OOTD Mudah Ala Bintang Hollywood Dengan Adidas Samba OG
Apa sebab korang perlu stick dengan Adidas Samba OG?

#PE3: Lakonan Jahat Sharnaaz Ahmad ‘Pukau’ Penonton, Jom Kita Throwback Watak ‘Villain’ Dalam Polis Evo 1 & 2
Mantah boh!

5 Cara Mudah Hilangkan Bulu Badan Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah... Nombor 5 Tu Memang Mantap!
Shhh, ini rahsia kita

Tak Sampai Dua Tahun, Khidmat Bapa Anzalna Nasir Sebagai CEO Finas Ditamatkan
Profesor Dr. Md Nasir menerima bayaran sebulan gaji bagi menggantikan notis.

"Ni Neraka Namanya!"- Tak Tahan Panas, Michael Ang Tanya Bila Nak Winter
Michael Ang Tanya Bila Nak Winter?

#GempakMostWanted: Kawan Anak Buat Group WhatsApp Puji Ijoy Handsome, Amir Ahnaf Masih #1 Dalam Carta? Semak Apa Best Minggu Ni!
Pecah perut gelak bila ada family Sheira Ijoy ni!

Ke Tepi Robert De Niro, Al Pacino Bakal Dapat Anak Pada Usia 82 Tahun!
Hebatnya!