Lelaki ini Kaut Untung RM30 Ribu Sehari Bawa Peminat Tengok Konsert Taylor Switt!

Umirah Halim
Mac 9, 2024 15:00 MYT
Seorang lelaki mendedahkan dia telah mengaut keuntungan sebanyak RM30,000 dalam sehari ketika menawarkan khidmat pengangkutan untuk pelanggan.
Menerusi temubual oleh BFM radio, pemuda yang dikenali sebagai Amirul Sufi, penganjur bagi persiaran konsert memaklumkan dia telah mengaut keuntungan sekitar RM25,000 ke RM30,000 dalam masa sehari ketika membuat khidmat penghantaran rombongan peminat Taylor Swift ke konsertnya di Singapura baru-baru ini.

Bawa fans pergi tengok konsert Taylor Swift boleh buat sales RM30k sehari geng. ?? Bu$y Finding Modal - Episode 8 pic.twitter.com/aGmNfiVEQK

— BFM89.9 (@BFMradio) March 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya memang penganjur untuk pengangkutan Eras Tour bukan setakat konsert ini sahaja event lain seperti di Singapura, Johor pun saya buat.
“Kita boleh uruskan untuk bawa peminat.
“Kalau untuk konsert Eras Tour ini lebih kurang daripada RM25,000 ke RM30,000 sehari.
“Tapi bergantung kepada permintaan orang ramai, kalau ramai demand kita boleh tambah lagi bas.
“Kalau untuk konsert ini saya hanya perlu bayar RM12,000 untuk kos operasi 4 bas,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia turut sempat berkongsi bahawa perniagaannya itu memerlukan modal yang agak tinggi sebelum mendapat pulangan seperti itu.
“Dia memerlukan modal yang besar la untuk permulaan sebab kita nak tanam deposit dulu sebab bas sekali nak isi minyak RM900.
“Lagi banyak bas lagi banyak la kos perlu keluarkan dahulu contoh nya macam kita nak bayar driver, maintenance bas.
“Tapi paling penting adalah value customer service saya la sebab tanpa customer kita tak boleh nak dapat pelanggan,” tambahnya lagi.
Sumber: BFM Radio

Berita Trending: Taylor Swift Didakwa Terima RM14 Juta Satu Malam Supaya Konsert Hanya Di Singapura

Berita Trending: Lelaki Indonesia Ini Berhabis RM11,479 Bawa Isteri Tengok Taylor Swift Di Singapura!
#Pengangkutan #Untung #30 Ribu, #Swift #Taylor