Hollywood
Taylor Swift Didakwa Terima RM14 Juta Satu Malam Supaya Konsert Hanya Di Singapura
Taylor Swift sedang mengadakan konsert jelajah dunia, The Eras Tour di Singapura.
Singapura menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang menjadi persinggahan Swift untuk bertemu peminat. Bukan sehari tetapi penyanyi fenomena dunia ini mengadakan konsert di republik tersebut selama enam hari.
BERITA TRENDING: Lelaki Indonesia Ini Berhabis RM11,479 Bawa Isteri Tengok Taylor Swift Di Singapura!
Kehadiran Swift ke Singapura bagaimanapun menjadi kontroversi selepas Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin mendakwa kerajaan Singapura ‘main kotor’ dengan menyekat penyanyi itu mengadakan konsert di negara Asia lain.Thavisin antaranya mendakwa sebagai balasan Swift tidak melakukan konsert di negara Asia Tenggara lain, dia dibayar sehingga RM14 juta untuk melakukan konsert pada satu malam di Singapura.
Ini bermakna bintang berusia 34 tahun tersebut menerima bayaran mencecah RM84 juta untuk melakukan konsert di Stadium Nasional Singapura untuk enam malam persembahan, seperti dilaporkan Channel News Asia.
BERITA TRENDING: Bekas Anggota Boyzone Tuduh Taylor Swift Buat Ritual Puja Syaitan Dalam Konsert
Swift mengadakan konsert di Singapura pada 2,3,4,7,8 dan 9 Mac 2024.Pihak kerajaan Singapura bagaimanapun tidak mendedahkan nilai sebenar yang dibayar kepada Swift malah mungkin akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang membocorkan rahsia serta perjanjian yang dimeterai bersama penyanyi itu.
Must-Watch Video