Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lelaki Kantoi Curang Viral Pukul Isteri Didakwa Hari Ini!

Gempak
24/06/2024 20:55 MYT
Seorang lelaki yang ditahan 20 Jun lepas kerana memukul isterinya dalam kejadian di sebuah hotel di daerah ini bulan lalu didakwa 25 Jun ini.

"Pemenjaraan boleh sampai sehingga enam bulan...

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 37 tahun itu akan dibawa ke mahkamah di sini untuk pertuduhan dibawah Seksyen 352A Kanun Keseksaan kerana kesalahan menggunakan kekerasan jenayah oleh pasangan.

BERITA TRENDING:Kes Suami Kantoi Curang, Pukul Isteri Habis Pantang, Polis Buka Kertas Siasatan

“Bagi seksyen ini memperuntukkan hukuman dengan pemenjaraan boleh sampai sehingga enam bulan, atau dengan sehingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya,” katanya.

BERITA TRENDING: Suami Diingatkan Tidak Sembunyi Pernikahan Baharu

Belasah Isteri Lepas Kantoi Curang

Terdahulu, lelaki tular membelasah isterinya selepas kantoi curang dalam kejadian di sebuah hotel di daerah ini Mei lalu direman selama empat hari, Jumaat lalu.

BERITA TRENDING:Isteri Bunuh Suami Kerana Sakit Hati Hidup Miskin

Suspek yang bekerja sebagai juruteknik ditangkap di Mahkamah Syariah Bangi dan videonya telah tular 19 Jun lalu menyaksikan seorang lelaki memukul seorang wanita di sebuah hotel.

BERITA TRENDING: Persatuan Haiwan Malaysia Tawar Ganjaran RM3,000 Jejak Pelaku Lapah Kucing

Sumber: Kosmo!

#Viral #Suami #Isteri #Jenayah #Polis #Pukul #Curang #Dakwa
;