Seorang lelaki memilih untuk memutuskan pertunangan selepas ‘ditangkap’ memesan pelacur atas talian.

Tidak hanya memesan pelacur atas talian, lelaki tersebut juga didapati curang dengan janda anak dua!

BERITA TRENDING: Suami Curang Dengan Anak Saudara Sendiri, Isteri Kerat & Flush Zakar Dalam Tandas

Itulah kisah pilu seorang wanita yang mengaku lega kerana terselamat daripada berkahwin dengan tunangannya pada tahun lalu.

Kisah tersebut malah dikongsikan sendiri oleh wanita itu menerusi akaun TikTok dengan nama @indiliswandira. Perkongsian tersebut kemudian menjadi viral/

“Saya berani up ini sekarang setelah berdamai dengan keadaan. Jangan ajari saya sabar kerana saya pernah bertunangan lalu ditinggalkan kerana dia lebih memilih perempuan itu.

"Dia lebih suka sama pelacur dan makcik-makcik janda anak dua,” tulis wanita yang mesra dipanggil Ira pada perkongsian tersebut seperti dilaporkan Wolipopdetik.

PILIHAN PEMBACA: Musim Lelaki Curang? Nampak Bahagia Di Laman Sosial, Rupanya Suami Influencer Kantoi Berseronok Di…

Menerusi perkongsian sama, wanita dari Sumedang, Jawa Barat itu mengaku drama percintaan tersebut terjadi dua minggu sebelum sambutan Aidilfitri 2023. Mereka seharusnya berkahwin pada Disember lalu namun pelamin anginnya musnah gara-gara sikap ‘buaya darat’ pasangannya.