Lelaki Mahu Tembak Isteri Di KLIA, Tertembak Pengawal Peribadi
Gempak
14/04/2024 00:49 MYT
14/04/2024 00:49 MYT
Seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 pada Ahad.
Mangsa dipercayai seorang pengawal peribadi itu parah akibat terkena tembakan berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 pagi.
Siasatan mendapati kejadian melibatkan seorang lelaki tempatan yang melepaskan tembakan kepada isterinya.
"Bagaimanapun tembakan berkenaan mengenai seorang individu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum suspek kemudiannya bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Katanya, mangsa yang cedera kemudian mendapat rawatan awal sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya.
"Motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai kes cubaan bunuh.
"Usaha memburu dan mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan," katanya.
Menurutnya, situasi di KLIA 1 berada dalam keadaan terkawal.
"Kejadian ini tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan dan situasi terkawal.
"Orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian," katanya.
Pada Ahad, tular di media sosial berkaitan suasana di balai ketibaan KLIA 1 itu dikejutkan dengan bunyi tembakan mengakibatkan orang ramai cuba berlindung untuk menyelamatkan diri. -SINAR HARIANBERITA TRENDING: Sedihnya, Lelaki Tembak Maut 38 Orang, 22 Adalah Kanak Kanak, Ibu Hamil & Bunuh Diri
Mangsa dipercayai seorang pengawal peribadi itu parah akibat terkena tembakan berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 pagi.
Siasatan mendapati kejadian melibatkan seorang lelaki tempatan yang melepaskan tembakan kepada isterinya.
"Bagaimanapun tembakan berkenaan mengenai seorang individu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum suspek kemudiannya bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Katanya, mangsa yang cedera kemudian mendapat rawatan awal sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya.
"Motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai kes cubaan bunuh.
"Usaha memburu dan mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan," katanya.
Menurutnya, situasi di KLIA 1 berada dalam keadaan terkawal.
"Kejadian ini tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan dan situasi terkawal.
"Orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian," katanya.
Pada Ahad, tular di media sosial berkaitan suasana di balai ketibaan KLIA 1 itu dikejutkan dengan bunyi tembakan mengakibatkan orang ramai cuba berlindung untuk menyelamatkan diri. -SINAR HARIAN