Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Lelaki Makan Dulu, Wanita 'Stand By' Tengok Apa Tak Cukup" - Kecoh Isu Makan Rumah Ayah Long, Netizen Pula Rancak Berdebat

Amri Hassan
09/10/2020 08:20 MYT
Kecoh di Twitter apabila seorang pengguna @wanyusri16 berkongsi adat makan di rumah bapa saudaranya yang dipanggil Ayah Long.

Kongsi Wan Yusri menerusi ciapan pada Khamis, ada peraturan khusus yang mendahulukan lelaki berbanding wanita ketika di meja makan.

"Bila maka di rumah Ayah Long, ada peraturan yang mana lelaki mesti suka.

"Air basuh tangan kena ada. Lelaki makan dulu, wanita stand by tengok apa tak cukup. 

"Apa yang tak cukup, wanita cukupkan. Sudah makan, lelaki tak dibenarkan angkat pinggan ke sinki atau cuci," tulisnya.



Tambah Wan Yusri lagi, dia pernah dimarahi ibu saudaranya apabila mencuci pinggan sendiri selepas makan.

"Aku dah banyak kali kena marah dengan Enda (isteri Ayah Long) sebab pergi cuci pinggan lepas makan.

"Katanya tugas lelaki adalah makan sahaja. Memasak, menghidang dan mengemas adalah tugas wanita.

"Tak sempat nasi dalam pinggan habis, air dalam gelas habis, Enda akan stand by dah siap-siap ceduk nasi dan nak tuang air dalam gelas. Memang teliti dia tengok laki tengah makan.

"Sesudah lelaki siap makan baru wanita akan makan dan membawang sesama sendiri. Itu yang aku perhati," tambahnya.

Ciapan itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, ada yang setuju dan ada juga yang sebaliknya.

Namun, jelas Wan Yusri lagi, golongan lelaki punyai kerja hakiki sendiri setiap hari antaranya menoreh, membaiki kediaman, mengutip sawit dan meracun rumput.

"Bukan mengiyakan lelaki pemalas yang hanya tahu goyang kaki macam ramai salah faham. Tapi ini konteks thread yang aku nak sampaikan, macam mana layanan mak saudara aku pada bapa saudara aku," jelasnya.
#Viral #Viral #Adab Makan #Ayah Long