Peserta Pencetus Ummah (PU) Amin menyatakan kes usahawan kontroversi, Nur Sajat telah dirujuk kepada pihak atasan akibat berpakaian wanita dan bertelekung ketika mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.
Jelas Amin, petugas umrah di Makkah menganggap ini adalah isu besar kerana telah mencemarkan kesucian masjid.
“Saya dapat makluman dari rakan-rakan petugas umrah Makkah, kes Sajat dan kawan-kawannya telah dibawa ke pihak atasan, kementerian haji umrah dan kementerian pelancongan.
“Dimaklumkan juga ramai petugas umrah di Makkah membuat laporan pada pihak berkuasa . Mereka kata ini jenayah kepada pengurusan Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi , benda ini besar kerana lelaki masuk tempat solat wanita.
“Ini juga mencemarkan kesucian masjid kata mereka. Saya hanya mendengar rakan rakan petugas berbicara . Risau juga jika ada sekatan atau tindakan kepada jemaah umrah Malaysia yang akan dating.
“Pelbagai perkara boleh berkait . Semoga Allah memudahkan semua urusan jemaah umrah kali ini.
“Kata mereka juga hari ini pula visa tourist telah disekat oleh kerajaan Arab Saudi. Ada kaitan atau tidak wallahualam, kerana ada beberapa negara lain juga disekat visa pelancongan.
“Bermakna visa pelancong tidak wujud selepas ini selepas diberi kemudahan visa oleh kerjaan Arab Saudi sebelum ini.
“Pihak travel dah maklum awal pada sajat agar ikut gender di sini. Travel juga kata mereka langgar perjanjian. Travel juga dah bagi kursus umrah khas buat mereka.
“Ini bermakna travel tidak bersalah. Yang melanggar perjanjian itu yang bersalah. Kesian juga travel kena hentam. Semua ustaz-ustaz kita tu.
"Menjadi pengajaran kepada kita semua. Semoga Allah membuka jalan kebaikan kepada kita.
"Sajat dan kawan kawan pergi umrah tak salah. Umrah harus dan baik buat sajat dan kawan kawan.
"Yang salah bila dia langgar perjanjian dan pakai pakaian wanita serta masuk ke kawasan perempuan, bercampur dengan jemaah wanita.
"Sebelum ini ramai pondan dan maknyah buat umrah. Tak jadi masalah. Kerana mereka berihram dan masuk solat bersama lelaki.
"Mereka ikut kaedah dan cara disini. Allah dan Rasul Yang Lebih Mengetahui," tulisnya di Facebook miliknya.
Menerusi entri yang berbeza, Amin atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 30, berkata dia telah ditegur dan disoal oleh anggota polis sama ada kes lelaki berpakaian wanita itu adalah dari Malaysia.
Jelas Amin dia berkelakuan seperti tidak tahu-menahu namun telah diberi peringatan supaya tidak membuat masalah di tempat suci tersebut.
"Tadi ditegur oleh polis. Kebetulan saya berborak dengan kawan dalam Bahasa Arab.
"Dia tanya saya dari Malaysia ke? Saya kata ya. Dia tanya hal yang sedang kecoh pasal lelaki pakai pakaian perempuan itu Malaysia ke?
"Saya kata saya tak tahu cerita (buat buat tak tahu). Dia kata jangan buat hal kat sini, ini tempat suci, tempat ibadah.
"Nanti semua orang Malaysia masalah nak buat umrah. Nak buat apa buat kat tempat awak, sini undang-undang kita tak boleh buat main.
"Saya angguk-angguk dan balik. Dalam hati saya kata kalau kat negara sendiri pun saya tak suka ini berlaku.
"Fuhhh, cukup hebat kes ni, arab pun tahu. Ya Allah peliharalah kami semua Ya Allah," tulisnya lagi.
Sejak pagi Ahad, sosial media kecoh apabila Sajat berpenampilan wanita ketika menunaikan umrah bersama keluarganya.
BACA: "Bila Kita Di Sini, Kita Semuanya Sama" - Nur Sajat Bersyukur Selesai Tunai Umrah
BACA: “Sepanjang Perjalanan Semua Ikut Garis Panduan, Cuma Sebaliknya Berlaku Di Sana” – Jawapan Agensi Pelancongan Selepas Dikecam Gara-Gara Sajat
BACA: “Sajat Bertudung Untuk Ambil Gambar Sahaja, Berihram dan Solat Seperti Lelaki Juga” – PU Amin Bersangka Baik
Zulaikha Yusof
Mon Feb 03 2020
Bukan Tak Cakna Fasal 'Eyes On Rafah', Ini Penjelasan Ning Baizura! - "Ketika Itu Keadaan Kelam-Kabut"
Penyanyi Ning Baizura tampil menjelaskan dakwaan dirinya tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah seperti potongan video yang tular di media sosial sejak Selasa lalu.
Terasa Di Sarawak, Rumah Terbuka SOCC Holdings Bawa Juadah & Tradisi Bumi Kenyalang!
Biarpun Syawal sudah berlalu namun kemeriahan rumah terbuka masih diraikan di ibu kota. Buktinya, rangkaian syarikat SOCC Holdings Sdn. Bhd. tampil mengadakan rumah terbukanya bertemakan tradisi dan budaya dari negeri Sarawak.
Ini Yang Zayn Malik Buat Untuk Cari Jodoh Lepas Putus Dengan Gigi Hadid
Penyanyi, Zayn Malik mengakui pernah menggunakan aplikasi cari jodoh, Tinder bagi mencari kekasih.
Onew Janjikan Kejutan Buat Peminat Sempena Fanmeeting Solo Perdananya, Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia
Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia pada 27 Julai depan di Stadium Malawati, Shah Alam.
Dikritik Penampilan Seperti ‘Tak Mandi’, Wargamaya Back-Up Masdo
Penampilan penyanyi berkumpulan, Masdo menerima kritikan daripada warganet baru-baru ini apabila dikatakan seperti tidak mandi.
“Jenama Search Merupakan Satu Institusi Yang Orang Boleh Rujuk” - Nasir Search
Pemain bass Search, Nasir Daud menganggap cadangan peminat agar nama Search dapat digunakan oleh individu-individu yang pernah berkaitan dengan kumpulan itu tidak perlu diberi perhatian.
THSS: Bertemakan ‘Revolu-sihat’, Ini Senarai Lagu Tugasan Peserta Minggu Ke-2 The Hardest Singing Show
Konsert minggu kedua The Hardest Singing Show bakal menyaksikan kesemua peserta menyampaikan persembahan bertemakan Revolu-sihat.
Lufya Omar Sedar ‘Viewers’ & ‘Followers’ Berkurang Selepas Kongsi Tentang Palestin
Pelakon Lufya Omar menyedari jumlah penonton dan pengikutnya di laman sosial semakin berkurangan setiap kali dia memuat naik perkongsian mengenai Palestin.
Netizen Malaysia Puji Singapore Airlines Beri Bonus 8 Bulan Untuk Kakitangan - "Padu!"
Baru-baru ini dikhabarkan bahawa kakitangan Singapore Airlines akan menerima ganjaran bonus bersamaan sekitar lapan bulan gaji, berikutan prestasi kewangannya yang cemerlang. Menurut sumber, bonus berjumlah 32 minggu yang bakal diterima itu adalah susulan daripada insentif perkongsian keuntungan, di mana ia mencerminkan pengiktirafan syarikat pener
Rakan Sekerja Bercinta Dengan Pondan Gara-Gara Isteri Berlaku Curang
Satu pengakuan dikongsi oleh seorang individu menerusi platform NGL viral selepas pengakuan berkenaan dikongsi semula oleh pengguna platform X.