Baru-baru ini tular di aplikasi X apabila seorang penumpang memarahi beberapa pekerja lapangan terbang kerana tidak dapat memasuki pesawat.
Dalam kejadian yang dikatakan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), lelaki itu meluahkan rasa tidak puas hati apabila pintu perlepasan ditutup 10 minit lebih awal daripada masa berlepas (departure time).
Malah, lelaki itu juga dilihat cuba merakamkan muka staf yang sedang bekerja untuk tujuan ‘viral’.