Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lelaki Mengamuk Tak Dapat Naik ‘Flight’ 10 Minit Sebelum Berlepas, Netizen ‘Back Up’ Staf Penerbangan - “Sendiri Salah Nak Bebel”

Gempak
12/12/2023 07:05 MYT
Baru-baru ini tular di aplikasi X apabila seorang penumpang memarahi beberapa pekerja lapangan terbang kerana tidak dapat memasuki pesawat.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), lelaki itu meluahkan rasa tidak puas hati apabila pintu perlepasan ditutup 10 minit lebih awal daripada masa berlepas (departure time).

PILIHAN PEMBACA: Ditanya Tentang Poligami, Lelaki Selamba Beri Respon Lucu Depan Isteri- “Saya Lebih Minat…”

Malah, lelaki itu juga dilihat cuba merakamkan muka staf yang sedang bekerja untuk tujuan ‘viral’.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, penularan itu memakan diri lelaki tersebut apabila majoriti netizen mengkritik tindakannya yang dianggap tidak memahami prosedur penerbangan.

Antara komen yang diterima:

“Sejenis b*ngang, 10 minit sebelum departure memang lah tutup, kalau 10 minit sebelum boarding dah tutup baru kau bising,”

“Dia ni kali pertama naik flight ke? Datang 10 minit sebelum departure memang bye bye lah cerita dia,”

“10 minit sebelum kapal terbang nak berlepas memang lah gate tutup, datang lah awal, check-in awal, pergilah balai berlepas awal, ni lagi 10 minit memang sah lah tak boleh, sendiri salah nak bebel dekat orang buat apa.”

Sumber: Aplikasi X

#Viral #Penerbangan #Mengamuk
;