Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Lelaki Musnahkan ‘Gitar Taylor Swift’ Guna Tukul, Selepas Beli RM16,700

Gempak
03/10/2024 11:55 MYT

Seorang lelaki di negeri Texas mengundang kecaman ramai selepas memusnahkan gitar yang memiliki tandatangan penyanyi terkenal, Taylor Swift.

Beli gitar

Menurut laporan stesen penyiaran NDTV, Gitar itu dibeli oleh lelaki tersebut pada hari yang sama dengan harga mencecah AS$4,000 (RM16,700) di acara lelongan Ellis County Wild Game Dinner di Texas.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @TONYxTWO, dia dilihat memegang gitar itu sebelum memusnahkannya dengan tukul di khalayak ramai.

Dia juga berpura-pura menghempaskan guitar itu ke lantai, seolah-olah menunjukkan kebenciannya terhadap penyanyi pop tersebut.

Rakaman itu mencatatkan lebih 23 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen.

BERITA TRENDING: “Saya Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Baik & Bertanggungjawab” - Cik Epal Tak Mahu Keruhkan Keadaan

​BERITA TRENDING: Perkongsian Fattah Sebelum Kes Cerai Undang Sebak Netizen - “Sedihnya Tengok, Fatima Ni Memang…

​BERITA TRENDING: Bawa Pembantu Peribadi Ke Milan, Netizen Anggap

​BERITA TRENDING: Guru Denda 100 Kali Squat, Pelajar Meninggal Dunia

“Nilai kekayaan bersih Taylor Swift melebihi AS$1 bilion (RM4.2 bilion). Ini tidak menjejaskannya.

“Ini tidak menjejaskan Taylor Swift, namun dia (lelaki tersebut) telah kerugian AS$4,000,” komen beberapa netizen.

Sumber: Kosmo menerusi Agensi

#Taylor Swift #Gitar #Lelaki #Beli #Musnah #Hempuk #tukul
;