Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lelaki Pun Perlu Jaga Penampilan, Fahrin Ahmad Tegangkan Muka Di Klinik Estetik?

Amri Hassan
20/11/2021 05:50 MYT
Jika dulu pusat kecantikan atau klinik estetik dikunjungi oleh golongan wanita, kini lelaki juga tidak lagi malu untuk menjalani rawatan kecantikan terutama wajah.

Apa tidaknya, lelaki yang matang dan stabil dari sudut kewangan mahupun kerjaya, pasti ingin kelihatan bergaya dan amat mementingkan soal penampilan diri.

Malah dalam bidang perubatan antipenuaan, setiap masalah mesti dikesan dan dihindari sebelum bertambah serius.

Masalah penampilan yang sering dialami lelaki adalah pigmentasi pada kulit, garis kedutan, wajah jatuh menggeleber dan tampak tua, pori wajah kasar kerana kerap bercukur, kulit kusam serta tidak sekata akibat pendedahan melampau pada matahari.

Justeru, tidak hairanlah pelakon dan pengacara kacak, Fahrin Ahmad mendapatkan rawatan di MyClinic untuk menegangkan kulit wajahnya, lebih-lebih lagi di usianya kini yang mencecah 42 tahun.

Melihat kepada rawatan yang dijalani aktor terbabit, Fahrin dilihat mendapatkan rawatan yang diberi nama Dual Lifting.

A post shared by MyClinic (@my__clinic)


Rawatan yang menggunakan kedah Thermage dan Ultherapy adalah dua teknologi bukan pembedahan terkemuka untuk mengangkat dan menegangkan kulit yang kendur atau longgar sambil melicinkan tekstur dan kekuatan kulit.

Melalui cara ini, wajah, leher dan dagu yang jatuh akan kembali tegang. Hasil daripada rawatan yang mengambil masa selama sejam itu dapat dilihat sebaik saja selesai rawatan tanpa memerlukan pembedahan yang menyakitkan.

Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang untuk menikmati penjimatan sehingga RM8,000 untuk Rawatan Dual Lifting di MyClinic.

Tak hairanlah, pelakon utama drama Tikam ini nampak lebih segar dan berseri-seri!

Jangan lupa saksikan Tikam, setiap Rabu jam 9.30 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksible, Tikam juga boleh distrim menerusi portal Gempak, Aplikasi Astro Go dan On Demand.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!



#pelakon #Fahrin Ahmad #Gaya Hidup #Wajah #Estetik #Klinik #Tikam #Facial
;