Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lelaki Rentung,Tujuh Terselamat Dalam Kebakaran Rumah

Ernalisa
25/09/2024 06:25 MYT
Seorang lelaki maut manakala tujuh lagi ahli keluarganya terselamat dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Muhibbah 2 dekat Sitiawan di sini awal pagi pada Rabu.

Mangsa dikenali Muhammad Khairul Ridzuan Muhamad Taib, 46, ditemui dalam keadaan rentung di bahagian ruang tamu rumah.


BERITA BERKAITAN : Tiada Lafaz Cerai Dibuat, Fattah Amin Tegaskan Masih Sayangkan Fazura - “Saya Ada Perasaan, Bukannya Robot”

BERITA BERKAITAN : Berjubah Putih, Fazura Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Permohonan Cerai - “Moga Dipermudahkan”

BERITA BERKAITAN : "Che Puan Sarimah Ibrahim Tetiba Behave Bila Pakai Tudung" - Director | Singgah Set

BERITA BERKAITAN : Berita Kematian Ibu Tersebar, Nubhan Tampil Beri Penjelasan - “Jangan Salah Sangka…”

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian itu diterima pada jam 2.40 pagi.


"Kejadian melibatkan sebuah rumah teres satu tingkat yang musnah terbakar 60 peratus.


"Dalam kejadian ini, seorang meninggal dunia dan tujuh lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan dan Seri Manjung dikerahkan menjalankan kerja-kerja pemadaman di lokasi kejadian.

Katanya, operasi dilaksanakan dengan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) seterusnya membuat pemadaman sehingga kebakaran dapat dipadam sepenuhnya.


"Operasi tamat pada jam 5.16 pagi," katanya.


SUMBER: Sinar Harian

#Terbakar #Rumah #Selamat #Rentung #Satu #Tujuh