Hiburan

Berita Kematian Ibu Tersebar, Nubhan Tampil Beri Penjelasan - “Jangan Salah Sangka…”

gempak
Firdaus
24/09/2024
06:01 MYT
Sponsor Banner
Berita Kematian Ibu Tersebar, Nubhan Tampil Beri Penjelasan - “Jangan Salah Sangka…”
Penyanyi dan usahawan Nubhan tampil memberi penjelasan susulan penularan berita kematian seorang wanita yang dikatakan mirip ibunya, Badariah Omar atau lebih dikenali sebagai Mak Jenny.

Berita Kematian Sahih

Menerusi entri yang dimuat naik di TikTok,pelantun lagu Kekasih Untukku itu berkata, berita kematian wanita tersebut adalah sahih namun bukanlah ibunya.

“Video kematian itu benar tetapi bukanlah ibu saya. Video itu adalah kematian seorang insan bernama Sapiah Binti Abdul Ghani iaitu pada 22 September jam 10.13 malam.

“Kebetulan arwah wanita itu mukanya ada iras wajah ibu saya,” katanya.
Penyanyi berusia 38 tahun itu turut mendedahkan menerima banyak panggilan yang rata-ratanya menyangka bahawa ibunya sudah meninggal dunia.
“Saya dapat banyak panggilan bertanya tentang ibu saya. Itu bukan Mak Jenny.
“Kepada semua, jangan salah sangka dan jangan fikir itu adalah ibu saya sebab pada hantaran itu sendiri tertera nama arwah,” ujarnya.
Mengakui terkejut ketika melihat hantaran tersebut, Nubhan bagaimanapun yakin pihak keluarga arwah tiada sebarang niat yang buruk dan hanya mahu menghebahkan tentang berita kematian itu.

BERITA TRENDING: "Saya Dah Tiada Ayah" - Nubhan Dedikasikan Lagu Untuk Mak Jenny!

​BERITA TRENDING: “Ingat Nak Minta Gelang Emas Je…”- Isteri Nubhan Dedah Kisah Disebalik Kejutan Klinik Gigi

​BERITA TRENDING: Isteri Selamat Bersalin, Nubhan Timang Anak Ketiga, Netizen Komen – “Comelnya Pipi Baby Tu”

​BERITA TRENDING: “Terima Kasih Sebab Sedarkan Saya”- Cara Nubhan Hargai Mak Jenny Buat Ramai Yang Tersentuh

Dalam pada itu, Nubhan sempat mengambil peluang mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga arwah wanita tersebut.
“Saya pun terkejut, saya ingat orang nak mempermainkan ibu saya tetapi setelah saya tengok balik video itu, memang benar ada kematian.
“Saya tak rasa hantaran itu berniat untuk mempermainkan mana-mana pihak dan saya menghormati ahli keluarga arwah.
“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga arwah di atas pemergiannya. Saya juga mendoakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta diampunkan dosanya,” katanya lagi.
@nubhan86 Replying to @Noraimeh79 ♬ original sound - nubhan86
Sementara itu, Nubhan turut memaklumkan ibunya akan menjalani pembedahan tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live