Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lelaki Rusia Cedera Selepas Cubaan Merogol Seekor Lembu Betina

Asyraf Roslan
21/08/2024 21:55 MYT
Seorang pelancong Rusia dikhabarkan mengalami kecederaan selepas dipercayai cuba merogol seekor lembu ketika sedang bercuti di Surat Thani, Thailand.

Berjaya diselamatkan oleh polis


Penduduk tempatan yang melihat kejadian tragis itu terus menghubungi polis tempatan untuk mendapatkan bantuan selepas mendengar lelaki yang dikenali sebagai Evgenii Kuvshinov meminta tolong.

Kuvshinov diserang oleh lembu tersebut selepas dipercayai membuat cubaan untuk menaiki badan lembu betina tersebut.

Menurut saksi, dia pada mulanya cuba memanjat badan seekor lembu jantan sebelum beralih kepada lembu betina yang ditambat pada pagar kayu berdekatan.


Lelaki berusia 26 tahun itu telah dibawa ke Hospital Bannaderm,Thailand untuk mendapatkan rawatan selepas berjaya diselamatkan polis dan paramedik kerana mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian badannya.

BERITA TRENDING: Seks Dengan Lembu, Lelaki Ini Dilarang Miliki Haiwan Ternakan Selama 10 Tahun!

BERITA TRENDING: Jijik! Demi Hiburan Terlarang, Ada Yang Sanggup Guna Dadah Najis Lembu?

BERITA TRENDING: Amalkan Minum Air Kencing Lembu, Akshay Kumar Tetap Positif COVID 19

BERITA TRENDING: Lembu Berkepala Dua Lahir! Kongsi Dua Telinga, Mampu Minum Susu Guna Dua Mulut

Berada dalam keadaan khayal


Menurut seorang paramedik yang merawat Kuvshinov, dia dipercayai bertindak sedemikian kerana berada dalam keadaan khayal.

“Kami menemui ganja didalam kereta yang dipandu, dan mungkin dia berada dalam keadaan khayal sehingga mahu merogol lembu tersebut,” ujar paramedik tersebut.


Sementara itu, Leftenan Polis Thongchai Chaikit dari Balai Polis Ban Na Doem mengesahkan menerima laporan tersebut dan memberitahu bahawa pelancong tersebut kini ditahan di balai polis tempatan.


Tambah Chaikit, mereka kini sedang menunggu pihak polis pelancong dan imigresen sebelum siasatan lanjut dilaksanakan.

Sumber: The Sun UK

#Thailand #Rogol #Lembu #Lelaki Rusia
;