Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Lelaki Tular Kena Kompaun Tak Pakai Pelitup Muka & Keluarkan Kata-Kata Kesat, Ditahan Polis!

Fiza Kamarudin
21/07/2021 06:32 MYT

Seorang lelaki yang tular dikompaun kerana kesalahan tidak memakai pelitup muka di sebuah stesen minyak telah ditahan polis malam tadi.

Lelaki tersebut juga telah mengeluarkan kata-kata kesat selepas disaman dan mempertikai tugas anggota polis.

Terdahulu video berdurasi 15.42 minit itu menunjukkan seorang lelaki yang singgah di stesen minyak untuk mengisi minyak kereta didatangi anggota polis selepas dia tidak memakai pelitup muka.

Malah video itu turut tular di media sosial selepas dia enggan memakai pelitup muka dan mendakwa dirinya ada membaca kajian yang menjelaskan memakai pelitup muka boleh dijangkiti bakteria.

Malah, dia turut dikenakan kompaun kerana ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19.

Namun ketika berada di dalam kereta lelaki terbabit yang masih merakam video itu turut mempertikaikan tugas polis dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Susulan itu, polis kemudian mengesan suspek sebelum menahannya malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan penahanan suspek dan akan mengeluarkan kenyataan media.

#Viral #PDRM #Hina Polis