Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Lelaki Warga Asing Diliwat Rakan Gimnasium, Mula-Mula Ajak Borak Kemudian ...

Gempak
06/07/2024 11:55 MYT
Seorang lelaki warga asing mendakwa diliwat seorang lelaki warga tempatan yang dikenalinya di gimnasium sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

BERITA TRENDING: Nak Lukis Tatu Tapi Kena Liwat - "Mangsa Tersedar Dapati Dirinya Tidak Berpakaian"

Kejadian berlaku jam 5 petang pada 4 Julai lalu itu selepas suspek mengajak mangsa yang dikenali pada Mac lalu ke unit kediamannya di kondominium sama.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar, berkata pengadu berusia 25 tahun itu membuat laporan pada jam 9.57 malam tadi.

"Dalam kejadian itu, suspek yang bertemu pengadu di koridor kondominium berkenaan pada Khamis lalu mengajak mangsa ke rumahnya untuk berbual-bual.

"Sebaik tiba di rumah, suspek membuka pakaian mangsa dan menyentuh anggota badannya.

"Pengadu tidak mahu menjerit kerana tidak mahu jiran sekitar mendengar atau melihat kejadian yang boleh memalukan dirinya," katanya dalam kenyataan kepada media pada Sabtu.

Beliau berkata, mangsa mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pemeriksaan pegawai perubatan mendapati, terdapat kesan koyakan di dubur.

"Mangsa dibenarkan pulang selepas rawatan selesai dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan," katanya.

BERITA TRENDING: Persetubuhan Dengan Mayat, Liwat... Ini Senarai Kesalahan Enakmen Syariah Kelantan Yang Terbatal

BERITA TRENDING: Rogol, Liwat Anak Tiri Konon Sebab Buang Santau, Tukang Cat Dipenjara 20 tahun & 6 Sebatan

BERITA TRENDING: Jijik! Murid Darjah Enam Diliwat 30 Kali Pemuda 20 Tahun... Siang Di Bilik, Malam Di Tandas

Shahrulnizam berkata, orang awam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam pergaulan bagi mengelakkan diri terbabit seperti kejadian yang sama.

Orang ramai dan saksi kejadian ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Sumber: Berita Harian
#Viral #Gimnasium #Warga Asing #KL #Liwat #Borak
;