Berita
Nak Lukis Tatu Tapi Kena Liwat - "Mangsa Tersedar Dapati Dirinya Tidak Berpakaian"
Niat untuk melukis tatu bunga di tangan bertukar episod malang buat seorang lelaki apabila menjadi mangsa liwat pelukis tatu di sebuah premis, di Petaling Jaya, Selangor, semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 24 tahun datang ke kedai terbabit untuk melukis tatu di badannya.
BERITA TRENDING: Persetubuhan Dengan Mayat, Liwat... Ini Senarai Kesalahan Enakmen Syariah Kelantan Yang Terbatal
BERITA TRENDING: Jijik! Murid Darjah Enam Diliwat 30 Kali Pemuda 20 Tahun... Siang Di Bilik, Malam Di Tandas
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, mangsa pada mulanya ingin mendapatkan perkhidmatan membuat tatu dan semasa suspek mula melukis bunga di tangan kanan dia menyapu minyak menyebabkan mangsa tidak sedar apa yang terjadi.Menurutnya, selepas mangsa tersedar dia dapati dirinya dalam keadaan tidak berpakaian.
"Mangsa kemudiannya terus keluar dari premis dan berasa sakit di bahagian dubur serta mengesyaki lelaki itu meliwatnya.
"Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis sebelum menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya kepada Harian Metro malam ini.
Shahrulnizam berkata, setakat ini belum ada tangkapan dilakukan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan," katanya.
BERITA TRENDING: Termakan Umpan Cari Kerja, Remaja Lelaki Diliwat & Dikurung 10 Hari Di Kampung Pandan!
BERITA TRENDING: Gagal Tahan Nafsu Lepas Layan Filem Porno, Guru Sekolah Agama Liwat Pelajar Lelaki
Sumber: Harian MetroMust-Watch Video