Laman Utama
Lemah Nak Berjalan Selepas Cabut Gigi Geraham Bongsu, Brad Pitt Disorong Dengan Kerusi Roda
Bintang ternama popular Brad Pitt mencetuskan tanda tanya apabila disorong keluar dari sebuah pusat perubatan di Los Angeles, Amerika Syarikat dengan berkerusi roda baru-baru ini.
Menerusi visual yang tular, Pitt, 57, kelihatan memakai hoodie, bercermin mata dan pelitup separuh muka sambil disorong seorang pembantu keluar dari pusat perubatan itu.
Bagaimanapun, memetik laporan Page Six, kata sumber terdekat kepada pelakon itu, Pitt sebenarnya baru menjalani pembedahan membuang gigi geraham bongsu.
"Tak ada apalah, cuma baru lepas urusan dengan doktor gigi," kata sumber terbabit.
Difahamkan, Pitt terlalu lemah untuk berjalan dan terpaksa ditolak menggunakan kerusi roda selepas pembedahan tersebut.
Dalam perkembangan lain, Pitt bakal muncul sebagai salah seorang penyampai anugerah untuk Academy Awards yang akan berlangsung pada 25 April nanti.
Selain Pitt, antara selebriti yang bakal tampil di pentas Academy Awards ialah pengarah filem, Bong Joon-ho dan beberapa bintang Hollywood seperti Renee Zellweger, Reese Witherspoon, Harrison Ford dan Joaquin Phoenix.
Must-Watch Video