Hiburan

Lemah & Sakit Badan, Alya Iman Hidap Demam Denggi

gempak
Zulaikha Yusof
26/11/2020
02:16 MYT
Sponsor Banner
Lemah & Sakit Badan, Alya Iman Hidap Demam Denggi
Teman lelaki pelakon baharu Alya Iman iaitu Ridhwan Rosli menyatakan kekasihnya telah disahkan menghidap demam denggi semalam.
Ketika dihubungi Gempak, Ridhwan berkata Alya mengadu tidak sihat sejak berada di pejabat.
"Alya demam denggi. Dia tak sihat sejak dekat pejabat lagi. Alya pergi ke pusat perubatan swasta dalam pukul 4 petang (Rabu).
"Selepas lakukan semua ujian, sekarang kena tunggu keputusan Covid jadi dia kena kuarantin sekurang-kurangnya dalam 48 jam. Itu prosedur biasa sebelum admitted," katanya.
Tambah Ridhwan, setakat ini pelakon drama Senafas Rindu berada dalam keadaan lemah.
"Alya lemah dan sakit badan. But I believe she's in good hand," katanya lagi.
Sebelum ini, Ridhwan berkongsi foto Alya sedang terlantar di atas sebuah katil hospital.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live