Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Leona Dah Buat ‘Check Up’, Rasa ‘Annoying’ Netizen Asyik Cakap Fasal Tiroid - “Yang Tebal Itu Adalah Lemak, Saya Tak Sakit!”

Asyikin Mayudin
19/06/2024 01:55 MYT
Kerap menerima pertanyaan yang sama, pempengaruh media sosial Kasih Iris Leona memberi amaran terakhir kepada netizen agar tidak lagi bercakap mengenai bentuk lehernya yang didakwa menghidap penyakit tiroid.

Pemeriksaan Kesihatan

Menerusi hantaran di TikTok, Leona menegaskan dia sudah melakukan pemeriksaan kesihatan sebanyak dua kali dan keputusan mendapati dirinya bebas daripada penyakit tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Dilabel ‘Terlalu Seksi’, Leona Akui Tak Baca Komen Negatif Netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Persoal Tindakan Pejuang Hamas, Azhar Sulaiman Akhirnya Mohon Maaf - “Saya Tiada Niat Menentang”

Malah, anak perempuan kepada aktor Azhar Sulaiman ini berkata dia juga sudah melakukan pemeriksaan pengimejan ultrasound.

“Ini adalah yang terakhir saya mahu bercakap tentang ini (tiroid). Sejujurnya ini adalah privasi saya tetapi kalian (netizen) tetap komen tentang perkara itu.

“Untuk pengetahuan, saya sudah buat pemeriksaan kesihatan. Bukan sekali tetapi dua kali. Untuk yang pertama saya buat full blood test dan keputusan adalah bersih (tiada tiroid).

“Kemudian kalian masih bercakap, saya pergi lagi hospital dan saya buat sekali lagi pemeriksaan. Keputusan masih sama, bersih. Tidak hanya itu, saya juga buat ultrasound dan tiroid saya adalah saiz normal.

“Yang tebal itu adalah lemak. Saya tidak sakit, tetapi itu adalah lemak. Saya juga nak beritahu, mata saya bukan sakit atau bengkak, tetapi ia besar,” katanya.

Rimas Dengan Netizen

Pada perkongsian yang sama, Leona turut memberitahu dia berasa menjengkelkan apabila ada segelintir netizen yang terus bercakap mengenai bentuk lehernya.

“Oleh itu, tolong berhenti bercakap tentang tiroid. Agak annoying bila kalian ambil kisah tentang kesihatan saya sedangkan saya tahu saya dalam keadaan baik-baik sahaja.

undefined
“Saya tidak perlu justikasikan perkara itu kepada kalian kerana itu adalah privasi saya dan ini adalah badan saya.

“Terima kasih kerana ambil berat tetapi itu agak biadap berikan komen tentang badan orang lain okay,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Leona Terkilan Bekas BFF Elak Berjumpa, Belum Mohon Maaf - "Saya Tak Block Dia, Pernah Cuba Berbaik Tapi ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Leona Dedah Pernah Bekerja Sebagai Waitress Di Sebuah Hotel Di UK - “Saya Nak Cuba Semua Pekerjaan”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Nelayan Tak Nampak Mungkin Saya Dah Meninggal Dunia” - Leona Dedah Pengalaman Hampir Ragut Nyawa Ketika Sertai Ekspedisi…

ARTIKEL BERKAITAN: Leona tak pandai bawak BASIKAL & KERETA | Pintu Belakang The Hardest Singing Show

#Azhar Sulaiman #Kasih Iris Leona #Leona #Tiroid #Leher Leona #Leona tak sakit
;