gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Yusuf Bahrin Anggap ‘Follow Unfollow’ Bukan Penentu Status Rumah Tangga - “Benda Ni Rare, Bila Orang Dapat Tahu…”
HIBURAN
Cik Pia, MSH Empire Resources Tuntut Permohonan Maaf, Hantar LOD RM1 Juta Kepada Nilam Ortiz & Azlan Komeng!
VIRAL
Barang Kemas Dicuri, Keselamatan Terganggu, Prince Syed Buat Laporan Polis - "Saman Menanti Juga!"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Leona Mohon Doa Jodoh Pada 10 Malam Terakhir Ramadan, Azhar Sulaiman Letak Kriteria Bakal Menantu - “No Doktor Atau Arkitek”

Khairil Khusyairi
Khairil Khusyairi
21/03/2025
05:50 MYT
Sponsor Banner
Leona Mohon Doa Jodoh Pada 10 Malam Terakhir Ramadan, Azhar Sulaiman Letak Kriteria Bakal Menantu - “No Doktor Atau Arkitek”
Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona, mencuri perhatian ramai apabila meminta bapanya, pelakon terkenal Azhar Sulaiman, untuk mendoakannya bertemu jodoh yang sempurna pada 10 malam terakhir Ramadan.

Leona Minta Jodoh Pada 10 Malam Terakhir

Menerusi perkongsian di Instagram, Azhar berkongsi satu kiriman mesej WhatsApp yang memaparkan Leona mengakui bahawa doa ibu bapa adalah sangat mustajab, dan dia benar-benar berharap impiannya menjadi kenyataan.

“Daddy, please pray for me to meet the most perfect jodoh for me in these last 10 nights of Ramadan.

"You know, parents’ doa is the most powerful and I’m really hoping it will come true,” pinta Leona.
Azhar Sulaiman yang terkenal dengan keperibadian bersahaja membalas mesej tersebut dengan doa agar Leona dikurniakan jodoh terbaik, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Letak Kriteria Calon Menantu

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah Azhar mempunyai “kriteria” tersendiri bagi bakal menantu.
Dia berharap Leona akan bertemu jodoh dengan seorang yang bekerjaya seperti akauntan, dan bukan seorang doktor atau arkitek.

“Assalam… Daddy doakan you akan jumpa jodoh yang terbaik untuk you for dunia & akhirat… NO doctor or architect… Accountant yes!” balas Azhar.

Perkongsian tersebut ternyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, ada yang bersetuju dengan keinginan Azhar, sementara ada juga yang terhibur dengan Azhar yang menetapkan pilihan calon menantu.

Netizen Terhibur Dengan Pilihan Azhar

Menjengah ke ruangan balas, ramai yang tertanya-tanya mengapa Azhar tidak mahu menantu yang bekerja sebagai doktor atau arkitek tetapi lebih memilih akauntan.
Beberapa netizen berseloroh mengatakan mungkin Azhar mahu bakal menantu yang bijak mengurus kewangan, manakala ada juga yang mengandaikan bahawa Azhar ingin mengelak menantu yang terlalu sibuk dengan kerjaya.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Jodoh
#Bapa
#Azhar Sulaiman
#Menantu
#Doa
#Kasih Iris Leona
#Leona
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement