Leona Mohon Doa Jodoh Pada 10 Malam Terakhir Ramadan, Azhar Sulaiman Letak Kriteria Bakal Menantu - “No Doktor Atau Arkitek”
Leona Minta Jodoh Pada 10 Malam Terakhir
Menerusi perkongsian di Instagram, Azhar berkongsi satu kiriman mesej WhatsApp yang memaparkan Leona mengakui bahawa doa ibu bapa adalah sangat mustajab, dan dia benar-benar berharap impiannya menjadi kenyataan.
“Daddy, please pray for me to meet the most perfect jodoh for me in these last 10 nights of Ramadan.
Azhar Sulaiman yang terkenal dengan keperibadian bersahaja membalas mesej tersebut dengan doa agar Leona dikurniakan jodoh terbaik, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
Letak Kriteria Calon Menantu
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah Azhar mempunyai “kriteria” tersendiri bagi bakal menantu.
“Assalam… Daddy doakan you akan jumpa jodoh yang terbaik untuk you for dunia & akhirat… NO doctor or architect… Accountant yes!” balas Azhar.
Perkongsian tersebut ternyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, ada yang bersetuju dengan keinginan Azhar, sementara ada juga yang terhibur dengan Azhar yang menetapkan pilihan calon menantu.
Netizen Terhibur Dengan Pilihan Azhar
Menjengah ke ruangan balas, ramai yang tertanya-tanya mengapa Azhar tidak mahu menantu yang bekerja sebagai doktor atau arkitek tetapi lebih memilih akauntan.