,
Hiburan

Leonardo DiCaprio Bantu Siasatan 1MDB

Ahmad Shah
20/10/2016
15:00 MYT
Pelakon Leonardo Dicaprio tampil membantu siasatan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa melibatkan pembiayaan filem ‘The Wolf of Wall Street’.
Menurut jurucakap DiCaprio, bintang Hollywood itu telah menghubungi Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) pada Julai lalu selepas mengetahui mengenai siasatan ke atas 1MDB melalui laporan akhbar.
Wang yang didakwa milik dana daripada 1MDB telah digunakan untuk membeli beratus-ratus juta dolar aset di seluruh dunia, dan didakwa membiayai pengeluaran filem ‘The Wolf of Wall Street.’
Filem mengenai rasuah dan ketamakan dalam Wall Street telah dibiayai oleh Red Granite, yang diasaskan bersama oleh Riza Aziz.
DiCaprio juga dikatakan sahabat kepada Aziz dan Jho Low, juga dinamakan dalam tuntutan mahkamah.
Menurut kenyataan itu lagi DiCaprio sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa AS untuk memastikan wang tersebut datang daripada sumber-sumber yang boleh dipersoalkan.
Yayasan kebajikan milik DiCaprio juga akan memulangkan hadiah atau derma yang diberi kepadanya atau yayasannya jika didapati ia datang daripada dana yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Olahan: Hafiza Kamarudin
Sumber: Daily Mail
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Linkin Park Kembali, Perkenal Penyanyi Wanita Baharu

gempak
06/09/2024
04:28 MYT
Linkin Park telah kembali dengan barisan ahli baharu, memperkenalkan karya pertama mereka sejak kematian vokalis utama Chester Bennington pada 2017.
Hollywood

Wanita Dakwa Dapat Telepati Dari Kanye West Curi Kereta, Netizen: “Kami Percaya”

gempak
01/09/2024
14:00 MYT
Seorang wanita dari Kentucky ditangkap sewaktu mencuri beberapa kenderaan di kawasan North Main Street.
Hollywood

Rapper Fatman Scoop Meninggal Dunia, Pengsan Waktu Persembahan

gempak
01/09/2024
05:11 MYT
Rapper terkenal dari Amerika Syarikat, Fatman Scoop dilaporkan meninggal dunia sewaktu membuat konsert percuma di Connecticut hujung minggu ini.
Hollywood

Didakwa Bercinta Dengan Johnny Depp, Ini Reaksi Jenna Ortega - "Ia Mengarut..."

gempak
29/08/2024
05:10 MYT
Didakwa sedang hangat bercinta dengan aktor, Johnny Depp, pelakon, Jenna Ortega tampil menjernihkan keadaan.
Hollywood

Lepas Fail Cerai, Jeniffer Lopez Mahu Buang Nama Affleck

gempak
25/08/2024
04:55 MYT
Jennifer Lopez diketahui telah memfailkan perceraian dengan suami, Ben Affleck secara rasmi pada 20 Ogos lalu.