Mai Whelan menjadi wanita dan pemenang pertama dalam cabaran yang diiilhamkan dari karya fenomena Korea Selatan, Squid Game.

Kemenangannya mengalahkan 455 peserta menerusi beberapa cabaran di Squid Game membolehkan Whelan membawa pulang ganjaran lumayan berbentuk wang sebanyak $4.56 juta (RM21.26 juta).

Meski pada akhir episod ditunjukkan sedutan wang sebanyak RM21.26 juta itu telah dikreditkan ke dalam akaun Whelan ironinya ia hanya sebuah ‘drama’.

BERITA TRENDING: Tayang Trailer, Squid Game 2 Perkenalkan 4 Bintang Baharu

Whelan mendedahkan selepas 10 bulan menyertai Squid Game dia masih belum memperoleh walau satu sen pun hasil kemenangannya dalam program realiti tersebut.

“Sewaktu menang saya rasa seperti Tom Cruise dalam Jerry Maquire. Tunjukkan saya wang itu!”kata Whelan seperti dilaporkan People.

Wanita berusia 55 tahun itu malah sudah membelanjakan wang sendiri untuk tampil bergaya pada malam gala Squid Game termasuk membeli busana dari jenama terkenal Ralph Lauren dan sepasang kasut Jimmy Choo.

Dia juga sudah merancang untuk mendermakan sedikit wang kemenangan selain membeli kediaman yang mahu diduduki selamanya.

BERITA TRENDING: Tiga Remaja Korea Utara Dihukum Bunuh Gara-Gara Menonton K-Drama

Namun sehingga artikel ini ditulis, setelah 10 bulan memenangi Squid Game menerusi permainan Gunting, Air, Kertas, Whelan belum mendapat RM21.26 yang dijanjikan.

Bagaimanapun para peserta didakwa sedar mengenai cara dan terma pembayaran kemenangan yang akan diperoleh selepas 10 episod Sqiud Game selesai ditayangkan di Netflix.