Hiburan

Lepas 21 Tahun, Ella Syukur Standing in The Eyes of The World Masih Melekat Di Hati Rakyat Malaysia – “Dengar Terus Jatuh Cinta"

gempak
Ainun
31/08/2024
08:48 MYT
Sponsor Banner
Lepas 21 Tahun, Ella Syukur Standing in The Eyes of The World Masih Melekat Di Hati Rakyat Malaysia – “Dengar Terus Jatuh Cinta"
Ratu rock Malaysia, Ella bersyukur kerana lagu popularnya, ‘Standing In The Eye of The World’ masih menjadi siulan rakyat Malaysia setiap kali menyambut hari kebangsaan atau pada musim sukan.
Menurut Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 58, lagu ini mampu membangkitkan semangat rakyat Malaysia tidak kira dalam apa jua keadaan.

“Alhamdulillah, saya sangat bertuah kerana lagu itu dimiliki oleh saya, lirik dan melodi lagu tersebut pun memang sesuai dengan macam-macam situasi.

“Boleh jadi lagu untuk menaikkan semangat kesukanan atau patriotik, jadi saya sangat gembira,” ujarnya
Ella berkata demikian ketika ditemui pada majlis Usanita Fest Kita Merdeka Madani, Jiwa Merdeka di Menara Kuala Lumpur pada Rabu.

Pengalaman rakam lagu ‘Standing in The Eyes of The World’

Dalam pada itu, Ella juga turut berkongsi pengalaman ketika merakamkan lagu ‘Standing in The Eye of The World’.
Kata Ella, dia dan pasukannya menambah beberapa elemen muzik yang melambangkan negara Malaysia dalam lagu tersebut.

“Pertama sekali saya lihat dahulu lirik, kemudian baru mendengar melodi lagu tersebut. Jadi, setelah mendengar lagu berkenaan beberapa kali, saya terus jatuh cinta.

“Lagu ini sebenarnya sangat bagus untuk diri saya dan boleh memberi semangat kepada semua orang. Tidak kisah kepada sesiapa sekali pun. Kita boleh berkongsi ‘vibe’ dan tenaga dari lagu tersebut bersama-sama”, ujarnya.
Kata Ella lagi, dia juga sangat gembira melihat jalan cerita muzik video selain mengakui bahawa lagu berkenaan sangat sesuai untuk rakyat Malaysia.
“Masa lagu keluar, kami banyak mengambil gambar sukan pada ketika itu. Momen masa itu, saya sangat teruja bila dapat tengok jalan cerita muzik video lagu tersebut.

“Saya rasa best sangat-sangat sebab ketika itu kami semua turun padang bersama-sama bangsa lain. Bagi saya lagu itu memang sesuai untuk kita sebagai rakyat Malaysia.

“Masa saya dengar melodinya, kami rasa perlukan penambahan untuk mencantikkan alunan lagu itu. Jadi, kami ada masukkan sedikit elemen kompang untuk menunjukkan budaya Malaysia dan selebihnya elemen antarabangsa.
“Saya rasa lagu itu sangat sesuai untuk sukan Komanwel kita dan sampailah pada masa sekarang,” jelasnya.

BERITA TRENDING: Inilah Tiga Orang Pertama Menaikkan Jalur Gemilang Ketika Pengisytiharan Kemerdekaan 1957

BERITA TRENDING: Suami Ella Payung Lagu 'Mendung Tak Bererti Hujan', Ironi 'Perpisahan' 9 Tahun Sebelum Berkahwin

Digelar Ratu Lagu Kemerdekaan

Mengulas mengenai gelaran Ratu Lagu Kemerdekaan, Ella berkata dia sangat berbesar hati menerimanya dan berbangga menjadi anak Malaysia yang menyanyikan lagu patriotic.

“Saya rasa berbesar hati sebab mereka cakap bila saya nyanyi semangat itu pasti akan bertukar positif.

“Setiap kali merdeka atau apa-apa program di peringkat kebangsaan, tentu lagu saya didengarkan. Saya bangga sebagai anak Malaysia dan pada masa yang sama bertuah kerana karya saya diangkat ke depan,” katanya.

Rancang lagu Patriotik

Sementara itu, Ella juga turut memaklumkan mempunyai perancangan untuk menghasilkan lagu bergenre patriotik termasuklah pemilihan melodi yang sesuai, susunan lirik serta penekanan terhadap elemen-elemen muzik yang dapat mencerminkan identiti dan budaya Malaysia.
“Saya ada rancangan untuk hasilkan lagu seperti itu lagi, tapi saya nak pastikan yang lagu baru mesti setanding dengan yang sedia ada”, ulasnya ringkas.

BERITA TRENDING: Raikan Semangat Kontijen Negara Ke Sukan Paralimpik Paris 2024 Dengan Menonton Filem 'Gold' Di Astro First

BERITA TRENDING: Kepelbagaian Busana, Budaya Etnik Pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024