Selepas tiga minggu dimuat naik di laman sosial YouTube, muzik video single terbaru penyanyi rap kontroversi, Zynakal telah ditonton lebih 4.7 juta kali.

Video tersebut di muat naik di saluran Zynakal yang kini telah pun memiliki hampir 40 ribu subscribers.

Menerusi pemerhatian Gempak, sejak semalam lagu yang ciptaan Yonnyboii itu mencatat pertambahan tontonan sehingga 400,000 kali.

Dalam single terbaru tersebut, Zynakal bergandingan dengan Yonnyboii.

Sebelum ini, Zynakal memberitahu lagu Sakit dicipta Yonnyboii untuk memberi semangat buat dirinya.

Zynakal berkata, dia dan Yonnyboii sudah berkawan sejak empata tahun lalu dan ketika pertama kali mendengar lagu Sakit, hatinya terus tertarik.

Penyanyi rap berbakat besar itu turut mengakui meluahkan perasaan dalam lagu tersebut sebagai cara untuk memberitahu dirinya sedang sakit.

Lagu edaran sepenuhnya Indigital Music ini mencatat empat juta tontonan di YouTube dalam tempoh dua minggu ditayangkan.