Hiburan
Lepas Buka Tudung, Bekas Isteri Sule Kembali Jadi DJ: “Cari Wang Halal & Berkat”
Nathalie Holscher mengaku dia kini meneruskan semula kerjaya lamanya sebagai DJ sebelum berkahwin dengan pelawak Sule selepas bergelar janda demi kelangsungan hidup.
BERITA TRENDING: Hampir Setahun Bergelar Janda, Bekas Isteri Pelawak Sule Buka Tudung
Kata wanita yang juga tidak lagi bertudung, dia kembali menjadi DJ kerana menyifatkan pekerjaan tersebut sama seperti bidang seni yang lain termasuk menyanyi.“Sebenarnya tidak ada alasan tapi menjadi DJ itu kan seni. Sama seperti nyanyi, kalau kita nyanyi itu muzik ya kan, kalau DJ kita juga muzik.
“Tergantung kan sama apapun yang kita lakukan, dari diri sendiri saja," kata Nathalie Holscer seperti dilaporkan Viva.co.id.
Halal & berkat
Ibu satu anak itu malah menegaskan apa yang penting dia mencari duit dengan cara halal dan berkat.“Apapun yang saya lakukan, penting cari wang, halal dan berkat," jelasnya yang juga mula menerima banyak tawaran seni lain.
Dan salah satu sebab dirinya kembali menjadi DJ kata Nathalie adalah kerana sebagai seorang janda dia mempunyai banyak komitmen hidup.“Sekarang saya janda dan ada banyak komitmen hidup termasuk perlu membayar pekerja. Jadi saya perlu bekerja,” katanya lagi.
Must-Watch Video