Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Lepas Dia Cerai, Saya Try Dia Gila-Gila" - PU Abu Dedah Cara Pikat Hana Azraa

Amri Hassan
11/06/2019 06:10 MYT
Pendakwah bebas PU Abu Sufyan menerusi sebuah rancangan khas Raya Pertama berkongsi momen indah ketika mula memikat isteri barunya, Hana Azraa.

Kata PU Abu, dia mencuba peluang untuk mengenali Hana selepas wanita itu bercerai dengan bekas suaminya.

"Lepas dia cerai, saya memang try dia gila-gila," katanya menerusi sepotong tweet yang dikongsikan pengguna media sosial.

Dalam tweet terbabit, pengguna berkenaan turut meluahkan rasa meluat dengan pendedahan pendakwah itu.

"Seriously I tak tengok rancangan ni but from story member.

"Time tu kau laki orang gila, bine kau pun pregnant. This man is trash forever," tambah pengguna itu lagi.



Entri Twitter yang dimuat naik sejak petang semalam itu terus mengundang rasa jelik dalam kalangan pengguna media sosial.

"From the twt macam Abu yang try. I think dia try lepas woman in pic tu cerai (dah jadi janda) so that means this trash dah jalinkan hubungan masa dia berstatuskan suami kepada Ain dan Ain sedang pregnant. 

"Rasa nak carut kat dua2 ni menyampah tengok. Bahagia atas derita orang lain," tulis salah seorang pengguna.



"Ada tengok tadi, pastu dia kata first kenal sebab perempuan tu like gambar dia. Time tu perempuan tu dah kahwin, pastu dia move on.

"Dah kahwin dengan bini dia, tetibe perempuan tu datang balik. wtf lah laki ni. Boleh kau cerita macam mana nak dapatkan perempuan tu," sahut pengguna lain pula.



PU Abu memutuskan untuk menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil anak pertama mereka selepas memilih untuk bernikah dengan Hana yang punyai seorang anak.
#Viral #Viral #PU Abu Sufyan #Hana Azraa