Setelah bergelar seorang ibu, pelakon Mira Filzah mengakui dirinya mulai segan untuk berada didepan kamera bagi mengambil sebarang gambar dan video.

Kata pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, perasaan segan itu timbul berkemungkinan disebabkan sudah jarang melakukan sesi fotografi.

“Sejak dah anak anak ni, saya agak sikit pemalu untuk buat video. Eh bukan sikit tapi agak banyak!

“Walaupun kadang-kadang video jalan yang simple pun segan. Rasa awkward dan tak reti.

“Mungkin dah jarang ambil photoshoot, jadi dah jarang pose untuk kamera dan buat video,” katanya.

Mira berkongsi perkara tersebut menerusi satu muat naik di Instagram Stories miliknya baru-baru ini.q

Dalam pada itu, ibu kepada Wan Khair Amir berkata sebelum ini dia mampu sahaja untuk menari disebalik tiang kerana kurang berasa segan

“Ingat lagi kalau dulu, tiang-tiang belakang itu saya boleh buat pusing-pusing siap miming lagu hindustan okay. Haha,” tambahnya.

Untuk info, Mira telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihannya Wan Emir Astar pada 3 September 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir yang kini berusia tujuh bulan.