Laman Utama

"Lepas Kena COVID-19, Nafas Pendek, Nak Nyanyi Lagu Tinggi Pun Susah" - Siti Nurhaliza

gempak
Amri Hassan
06/11/2022
09:09 MYT
Sponsor Banner
"Lepas Kena COVID-19, Nafas Pendek, Nak Nyanyi Lagu Tinggi Pun Susah" - Siti Nurhaliza
Penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui berdepan masalah nafas pendek ketika menyanyi akibat jangkitan virus COVID-19 sekitar tiga bulan lalu.
Jelas Siti, 43, kesan daripada masalah pernafasan itu telah sedikit sebanyak mengganggu kualiti nyanyiannya terutama lagu-lagu bernada tinggi.
"Baru saya rasa sekarang kesannya (COVID-19), dan kita sebagai penyanyi menggunakan banyak pernafasan dan paru-paru.
"Sebagai penyanyi, batuk dan selesema antara sakit yang paling tak nak kena, ini pula COVID-19.
"Lepas COVID-19, kalau saya salah makan yang berisiko mengundang batuk, pada sebelah malamnya saya akan kena asthma. Jadi memang betul-betul kena jaga," ujarnya.
Justeru, Siti memberitahu aktiviti Muay Thai yang sedang giat dilakukan telah membina semula sistem pernafasan yang terjejas.
"Itulah sebabnya saya aktif dalam sukan Muay Thai, untuk memperkuatkan sistem pernafasan. Lepas COVID-19 pernafasan saya pendek, nak nyanyi, nak jerit pun susah.
"Sebagai penyanyi aset kita adalah suara, kalau paru-paru tak kuat, suara tak boleh capai tinggi.
"Jadi, saya sedang berusaha untuk kembalikan range suara yang boleh capai, mungkin akan ambil masa sikit. Saya dapat rasakan ada sedikit perubahan selepas Muay Thai," ujarnya kepada Gempak.
Siti ditemui selepas selesai menjayakan konsert Music of the Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza di Plenary Hall, KLCC pada Sabtu.
Mengulas lebih lanjut keadaan kesihatannya selepas disahkan menghidap mild bronchitis September lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu memberitahu dia perlu menjaga pemakanan dan harus aktif bersenam.
"Saya ada mild bronchitis kesan daripada COVID-19, saya perlu jaga makan dan perlu buat senaman berkaitan paru-paru.
"Ramai yang cadangkan saya berenang. Itupun saya buat di rumah. Setakat ini Alhamdulillah banyak perubahan yang baik lepas saya betul-betul fokus pada latihan dan stamina.
"Kalau kita susah nak tarik nafas dan bagi nada tinggi, pitching kita pun akan huru-hara juga. Shaking!" ujarnya.
Sebelum ini pada Ogos lalu, Siti mendedahkan beliau baru sahaja sembuh daripada dijangkiti Covid-19 selepas pulang bercuti dari London.
Sementara itu, konsert Music of the Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza menyaksikan Siti menyanyikan lebih 20 buah untaian lagu popular beliau seperti Warna Dunia, Dalam Taman Syahdu, Segala Perasaan, Cinta Tak Berganti, Beradu Di Khayalan, Melawan Kesepian, Seloka Budi dan Ya Maulai.
Siti turut menampilkan Datuk Awie sebagai jemputan dan mempersembahkan lagu duet Baldu Biru serta menyanyikan semula lagu Ratuku.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024