Pelakon Nadzmi Adhwa menyatakan rasa syukur kerana impiannya untuk memiliki rumah tercapai.

Adhwa berkongsi berita gembira itu menerusi kemas kini terbaru diakaun Instagramnya semalam.

Menariknya lagi, bekas bintang Muzikal Lawak Superstar ini juga memberitahu lokasi rumahnya berdekatan dengan kediaman pelakon Ardell Aryana.

“Alhamdulillah. Mak dan abah terima kasih sentiasa doakan angah. Salah satu impian saya nak memiliki landed house tercapai.

“Hari tu teman @ardellaryana je beli rumah, hari ini saya pulak. Weh kita berjiran weh! Syukur. Lepas ni kita jiran taman sebelah bolehlah kau masakkan untuk aku.

“Maklumlah single. Bila kita nak double? Hehe. Thank you banyak bantu aku from nothing to a little something.

“Dari kita susah ada tiga ringgit je nak makan. Orang tak panggil berlakon dan macam-macam la dugaan.

“Thanks @ardellaryana. Kita tak kaya, kita biasa biasa je. We grew together. Insya-Allah!” tulisnya

Alhamdulillah. Mak dan Abah terima kasih sentiasa doakan Angah ❤️ Salah satu impian saya nak memiliki landed house tercapai ?? Haritu teman @ardellaryana je beli rumah ? harini saya pulak ❤️ Weh kita berjiran weh ! Syukur . Pasni kita jiran taman sebelah boleh la kau masakkan untuk aku ? Maklum lah single ? Bila kita nak double? Hehe. Thankyou banyak bantu aku from nothing to a little something. Dari kita susah ada 3 ringgit je nak makan. Orang tak panggil berlakon dan macam macam la dugaan. Thanks @ardellaryana ? Kita tak kaya , kita biasa biasa je ?? We grew together Insyaallah ! @alwadelhijab @alwadeltailor @imsohotbae @yourmouthwantme @adellroutine_hq

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Adhwa.

“Alhamdulillah, syukur best dah ada harta dunia untuk keluarga… Moga sentiasa diberkati dirahmati Allah,” komen @sis_faraleta

“Tahniah cantik rumah. Alhamdulillah, mampu miliki rumah di usia muda,” puji @ismailmuhammad77

Terdahulu, Adhwa dan Ardell mula berkawan rapat sejak pelakon wanita itu dikatakan menghidap penyakit kanser tahun lalu.