,
Hiburan

“Lepas Ni Takde Teddy Bear Mama” - Datuk Seri Vida Sedih Cik B Sambung Belajar Di Sepanyol

Umirah Halim
15/10/2024
09:55 MYT

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin dikhabarkan melanjutkan pelajarannya ke negara Eropah, Sepanyol.

Cik B sambung belajar

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menerusi hantaran di TikTok.

“Cik B akan ke Barcelona untuk sambung belajar.

“Sedih terpaksa berpisah dengan Cik B tapi tak apa demi masa depan anak mama yang hebat,” tulisnya menerusi video tersebut.

BERITA TRENDING: Lemah Lagu Pertama Dayang Nurfaizah Dari Album Janji - "Lagu Ini Banyak Makna Bagi Saya"

BERITA TRENDING: Nenek Buta Sebelah Mata Hebat Menembak, Rupanya Bekas Askar

BERITA TRENDING: Anak Bocor Rahsia, Kim Kardashian Kali Terakhir Memasak Tahun 2022

BERITA TRENDING: Lubang Benam: Hasil Penuh Siasatan Dalam Peringkat Akhir Penelitian

Menerusi perkongsian yang sama, Vida dan anaknya Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin turut terbang ke Sepanyol bagi melihat sendiri lokasi dan penempatan Cik B sepanjang berada di sana.

Sementara itu, Cik B turut memuat naik beberapa foto dirinya yang sedang menaiki pesawat peribadi mewah ke Sepanyol dan difahamkan telah memulakan kelas pengajian pertamanya pada Selasa.

@datoserividainfinityrich siapa nak jadi teddy bear mama mlm2...takkan fattah amin??#datoserivida #masukberanda #pageforyou #fypシ゚viral #quputehbarulahputeh #viraltiktok #cikbhavoc #justconntent ♬ Fattah_Wanita Terakhir - ꧁ ?.???_???????? ꧂

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dengan berita tersebut dan mendoakan kejayaan buat Cik B.

“Cik B akan jadi anak mama yang lebih hebat.

“Wah,jauhnya Cik B study, apapun jaga diri baik-baik.

“Malaysia sunyi bila Cik B kat sana, miss u,” komen beberapa netizen.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mierul Aiman Setuju Pelakon Perlu Belajar Seni Mempertahankan Diri - "Selalunya Saya Menggabungkan Teori & Praktikal ..."

gempak
14/10/2024
05:55 MYT
Pelakon Mierul Aiman, mengakui tidak bersetuju jika seorang pelakon tidak mempelajari seni mempertahankan diri sebelum memasuki set penggambaran yang melibatkan lagak aksi yang mencabar.
Berita

Anak Orang Kaya Bayar RM7,520 Belajar Di Universiti Awam, Kerajaan Tanggung Kos RM80,623

gempak
05/10/2024
04:55 MYT
Lebih 80 peratus subsidi yuran pengajian yang ditanggung kerajaan bagi kursus peringkat ijazah sarjana muda dan diploma di universiti awam (UA) turut dinikmati anak golongan kaya.
Hiburan

Riena Diana Kagum Keith Foo Berusaha Dalami Agama Islam - “Kakak Dan Abang Dia Juga Mualaf”

gempak
24/09/2024
14:55 MYT
Pelakon Riena Diana memaklumkan teman lelakinya yang juga pelakon, Keith Foo terbuka untuk mendalami tentang agama Islam.
Viral

“Mungkin Boleh Bagi Kesedaran Dalam Bentuk Lain”- Anggap Content Caprice Mengaibkan, Datuk Seri Vida Beri Teguran

gempak
24/09/2024
06:55 MYT
Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida memberi teguran secara terbuka terhadap Caprice berikutan konten yang dimuat naik pempengaruh itu olehnya sejak baru-baru ini.
Viral

Kongsi Video Berhijab, Netizen Doa Cik B Terbuka Hati Tutup Aurat - "Semoga Istiqamah"

gempak
22/08/2024
07:25 MYT
Anak gadis kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sememangnya popular dengan tingkah lakunya yang seakan-akan lelaki.
BorakSeeni