,
Hiburan

Lepas PM Sebut, Lagu Jange Kelik Laa Weii Ditonton Hampir 300 Ribu Kali! Fuhhh…Naik 5 Kali Ganda Dalam Masa Sehari!

Fiza Kamarudin
11/05/2020
13:10 MYT
Selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta supaya stesen radio tanah air memainkan lagu Jange Kelik La Weii dalam pengumumannya semalam, lagu ciptaan composer Eddie Hamid itu mencatat jumlah tontonan lima kali ganda dalam masa sehari.
Bermula dengan hanya 37,000 tontonan sebelum pengumuman PM pada jam 2 petang semalam (Ahad), lagu tersebut telah mencatat 284,861 tontonan sehingga artikel ini ditulis .
Eddie Hamid ketika dihubungi Gempak berkata, dia tidak menyangka lagu nyanyiannya bersama Aris Kapilla dan Mas Khan disebut PM. “Ia akan menjadi kenangan terindah buat diri saya dan ini kejutan paling bermakna yang tidak akan saya lupakan.
“Lagu ini adalah hasil kerjasama sahabat-sahabat saya Aris Kapilla dan Mas Khan termasuk Zulkiffli M Ali yang bergabung untuk penulisan lirik yang menarik.
“Saya sebenarnya masih berdebar menantikan samada lagu ini akan dimainkan oleh stesen-stesen radio atau pun tidak.
“Saya harap lagu ini akan mendapat tempat di hati peminat kerana lagu ini bukan ‘kosong’ tetapi mesej yang hendak disampaikan itu sangat bersesuaian dengan situasi sekarang. “Mungkin dengan lagu ini, masyarakat akan sentiasa beringat dan patuh pada arahan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijalankan,” katanya.
Dalam pada itu Eddie sempat memberitah dia sudah dua bulan terkandas di negeri kelahirannya, Kelantan kerana PKP.
"Saya harap pendengar Jange Kelik Laa Weii menyokong saranan kerajaan supaya tidak balik ke kampung meraikan Aidilfitri kali ini.
"Tidak salah kita berkorban untuk diri sendiri dan kebaikan semua demi menyekat penularan pandemik COVID-19,” katanya.
[[BACA: Kalau Dulu ‘Kelik Laa Weii’, Tapi Sebab PKP Tukar Jadi ‘Jange Kelik Laa Weii’ – Lagu Raya Versi Kelantan Curi Perhatian Pendengar!]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Bila Dengar Lagu 'Bea Soba Bea' Sekarang, Saya Jadi Sebak, Sedih, Sayu" - Eddie Hamid

gempak
07/11/2024
00:31 MYT
Komposer lagu viral dengan lirik catchy 'bea soba bea' berjudul Cinta Setandan Pisang, Eddie Hamid akui perasaannya kini bertukar menjadi sedih setiap kali mendengar lagu nyanyian Eda Ezrin dan Den Manjo itu.
Hiburan

Nama Penyanyi Bea Soba Bea ‘Dipetik’ Artis Wanita Ditangkap Bersama Pil Kuda, Eddie Hamid: “Terkejut, Macam Tak Percaya”

gempak
02/11/2024
11:41 MYT
Eda yang cukup sohor kini dengan lirik ‘Bea Sabo Bea’ dipetik dari lagu nyanyiannya, Cinta Setandan Pisang didakwa sebagai penyanyi wanita yang terlibat dalam kes jenayah dan tangkapan yang berlaku di Golok, Thailand.
Hiburan

"Dulu Orang Curang Sembunyi-Sembunyi, Sekarang..." - Adik Waniey Cuit Pendengar Dengan Lagu Curey Depe Mato

gempak
05/10/2024
14:00 MYT
Adik Waniey atau nama sebenarnya Azmahirwani Nordin, 33, mengetengahkan genre ‘Pop Dangdut Moden’, satu konsep baharu yang dijangka mampu diterima ramai pendengar khususnya penduduk di Pantai Timur.
Hiburan

Eda Ezrin & Den Manjo Viral Lagi Dengan Cinta Setandan Pisang, Lagu Loghat Kelantan Mendunia Di TikTok, Stesen Radio!

gempak
22/02/2024
11:47 MYT
Eda Ezrin dan Den Manjo popular di Pantai Timur!
Laman Utama

Farah Rose, Pilot Wanita Bersuara Merdu Lancar Lagu Pertama 'Cerita Ku' - "Saya Memang Minat Menyanyi Sejak Kecil"

gempak
10/02/2022
06:40 MYT
Selamat maju jaya Farah Rose!
Unitar