Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lepas Rindu Dengan ‘Video Call’ Anak-Anak di Sabah, Shuk Sahar Tak Pernah Lupa Tanggungjawab - “Kalau Ada Masa, Saya Pergi…”

Asyikin Mayudin
18/07/2024 00:55 MYT
Pelawak dan pengacara Shuk Sahar memberitahu dia masih berhubung baik dengan dua orang anaknya iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 4 yang kini menetap dan bersekolah di Sabah.

Sediakan Keperluan Anak-Anak

Kerap membuat panggilan video, Shuk berkata dia tetap menyediakan segala keperluan anak-anak biarpun mereka berjauhan.

“Anak saya Alhamdulillah, kita ada telefon pintar yang boleh membuat panggilan video. Anak-anak saya dah duduk di Sabah sebab mereka bersekolah di sana. Ibu bapa saya sudah tua, saya pula sibuk ulang alik ke Singapura.

“Bila ibu mentua saya beritahu nak ambil mereka bersekolah di sana, saya beri yuran persekolah, pembelanjaan, nafkah semua… kami bersetuju dengan cara baik. Saya dan anak-anak berhubung melalui panggilan video.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar Dedah Shuib Bagi Pinjam Wang Sehingga RM10,000, Nabil Ahmad & Ebby Yus Pula Terus ‘Bank In’ - “Ada Yang Sampai Bini Suruh Block”

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”

“Kalau saya ada masa, saya pergi jumpa mereka dekat sana. Kalau anak-anak datang KL pun saya akan jumpa mereka. Buat masa ini, tiada masalah antara kami.

“Isteri boleh dipisahkan dengan satu akad, anak-anak ini sampai kita mati,” kata Shuk kepada Gempak.

Tak Beri Kenyataan Mengenai Bekas Isteri

Dalam pada itu, Shuk Sahar memberitahu dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau berkongsi mengenai bekas isterinya iaitu Rossa Sera di laman sosial.

“Kalau teliti tentang saya, saya tak pernah cakap fasal bekas isteri saya… dari kejap baik ke, kejap tak baik ke. Saya tak pernah keluarkan kenyataan mengenai masalah kami.

“Saya bersyukur sebab apabila kami mengambil keputusan untuk berpisah dan masing-masing move on, tapi anak-anak saya masih dijaga dengan baik.

“Saya berpegang dengan satu prinsip yang media sosial bukan satu tempat untuk saya berkongsi tentang rumah tangga,” ujarnya.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Untuk rekod, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 namun mereka bercerai pada 22 Mac tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.

Shuk kemudian berkahwin dengan Fara Salleh pada November tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rossa Sera Didakwa Jadi Penyondol Suami Orang? Fara Salleh Pula Nafi Jadi Dalang? Netizen Gesa Beri Penjelasan!

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sebak! Anak Bongsu Shuk Sahar Menangis Tidak Mahu Berpisah - “Adik Nak Tidur Dengan Ayah… Adik Nak Ayah”


ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar Sah Bercerai Dengan Rossa Sera - “Sebenarnya Selepas Balik Umrah Bersama, Kami Ada…”

#Shuk Sahar #Fara Salleh #Rossa Sera #Shuk cerai #Anak Shuk #Shuk kahwin
;