Hiburan

Rossa Sera Didakwa Jadi Penyondol Suami Orang? Fara Salleh Pula Nafi Jadi Dalang? Netizen Gesa Beri Penjelasan!

gempak
Umirah Halim
02/04/2024
07:00 MYT
Sponsor Banner
Rossa Sera Didakwa Jadi Penyondol Suami Orang? Fara Salleh Pula Nafi Jadi Dalang? Netizen Gesa Beri Penjelasan!
Bekas isteri pelawak Shuk Sahar berjaya mencuri perhatian netizen apabila didakwa menjadi punca rumah tangga pasangan suami isteri lain goyah.

Individu dakwa Rossa jadi orang ketiga

Menerusi sebuah pendedahan oleh individu yang menggunakan nama Jannalis4_, Rossa atau nama sebenarnya Rossalennah Natassilyiah Asshaferah didakwa menjalinkan hubungan dengan lelaki berstatus suami orang.
“Dah banyak kali peluang diberikan untuk berhenti mengganggu lelaki tersebut tetapi Rossa Sera masih melayan.
“Dengan alasan lelaki tersebut yang mencari. Memang betul, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi,” dedah individu tersebut menerusi Instagram Story.
Tidak terhenti disitu, individu tersebut turut mendedahkan suami orang itu telah nekad memilih Rosa Serra di hadapan isteri dan anak-anaknya.
“Mereka masih lagi berhubung di belakang isteri sah. Pada 24 Februari 2024, jaminan tadi hanyalah dusta dan semua itu hanya untuk menutupi mata isteri sah. Percintaan Rossa Sera dengan suami orang bersambung di game ya.
“Semalam (31 Mac), di hadapan isteri sah dan anak-anak, si suami memilih Rossa Sera berbanding isteri sah. Terima kasih Rossa Sera. Semoga Allah SWT sahaja yang membalas semua ini,” tambahnya lagi.

Netizen gesa penjelasan

Sementara itu, menjengah ke Instagram Rossa Serra, netizen sudah mula membanjiri ruangan komen akaunnya dah menggesa wanita itu menjelaskan perkara yang sebenar.
“Weh serious la kau kak? Clear kan cepat. Jangan kau sama macam penyondol tu kak. Kau marah-marah orang penyondol rupanya kau pun sondol laki orang jugak tiada bezanya kak. Baik kau bagi clear laki orang atau tidak kau kacau tu.
“Betul ke kacau rumahtangga orang ni? Sekadar bertanya. Hope boleh beri penjelasan. But if u memang ganggu rumahtangga orang just stop by now. Kesian la sesama perempuan. Fahami lah perasaan tersakiti tu macam mana.
“Dah jadi penyondol pulak ke?,” komen beberapa netizen.

Fara Salleh nafi jadi dalang

Dalam pada itu, isteri kepada Shuk Sahar, Fara Salleh turut memuat naik hantaran yang memaparkan perbualannya dengan seorang individu yang memaklumkan tentang isu tersebut.
Fara bagaimanapun menafikan dakwaan orang ramai yang mengatakan dia merupakan dalang disebalik akaun Instagram @Jannalis4_ itu.
Setakat artikel ini ditulis tiada lagi respons atau kenyataan yang dikeluarkan oleh Rosa Serra berhubung dakwaan tersebut.

Berita Trending: Bekas Isteri Shuk Sahar Dah Bertunang? Netizen Ucap Tahniah Sambil Berseloroh: “Abang Sado Kak”

Berita Trending: Bekas Isteri Shuk Sahar Beri ‘Hint’ Bakal Bernikah? - “Ada Ini Tengah Buat…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live