HIBURAN
"Lepas Rindu Nak Dengar Suara Serak .." - Kembali Sebagai Penyampai Radio, Fara Fauzana Disambut Baik Oleh Peminat
Selebriti serba boleh, Fara Fauzana kini kembali ke dunia penyiaran radio bermula semalam (27 Ogos) selepas hampir tiga tahun meninggalkannya.
Menerusi kemaskini entri di Instgram (IG) miliknya, Fara bersiaran menerusi slot Team Pagi Suria bersama penyampai Issey dan Fizi Ali.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat menyambut baik kemunculan Fara di corong radio.
Malah, ada juga segelintir pengikut yang berasa teruja apabila Team Pagi Suria lebih ceria dengan kehadiran otai berbisa.


Terdahulu, Fara memulakan kerjaya sebagai penyampai radio di Era pada 2003, seterusnya berhijrah ke Hot FM pada 2006.
Selepas sedekad bersama Hot FM, Fara mengambil keputusan mengundurkan diri pada 27 Februari 2016.
Must-Watch Video