Pelakon Juhara Ayob yang sudah lama tidak muncul dalam pentas lakonan kembali melepaskan rindu sebagai pelakon menerusi persembahan teater Main Makyung Raja Gondang.
Menurut Juhara, kekangan masa antara punca dia tidak lagi aktif dalam bidang lakonan selain tugasnya sebagai pensyarah sejak 2007 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
“Saya akui ada yang bertanya lama menghilang, saya ada tugas hakiki sebagai pensyarah jadi masa terhad. Kalau turun set penggambaran pasti makan masa.
“Tipu kalau kata tidak rindu. Jadi bila ada kesempatan seperti ini saya ambil peluang kembali ke pentas lakonan,” katanya.
Dalam pada itu, Juhara tidak menolak untuk muncul semula dalam produksi drama jika kena dengan masa dan jadual hariannya, namun pelbagai faktor perlu diambil kira.
"Syukur sebab ramai juga yang masih kenal dan tegur di luar sana. Bagi saya yang pasti mengajar juga memberikan kepuasan iaitu dapat berkongsi pengalaman dengan pelajar," katanya yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin menerusi drama Cinta Si Penggali Kubur.
Bercerita mengenai teater terbabit berkata, persembahan itu adalah anjuran Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA) dan menariknya, persembahan ini membabitkan tenaga pengajar, warga kerja, graduan dan pelajar ASWARA sebagai pelakon, penari, pemuzik dan juga pengurusan produksi.
“Persembahan ini juga diangkat sebagai aktiviti di bawah sambutan ulangtahun ke 25 ASWARA. Saya juga sebagai penerbi teater ini yang diarahkan oleh Che Kem yang pensyarah di Aswara serta membabitkan pelakon termasuk Along Eyzendy,” katanya.
Makyung Raja Gondang bertemakan dendam seorang anak raja iaitu Raja Gondang terhadap ayahnya Raja Besar. Disebabkan permaisuri Raja Besar iaitu ibu Raja Gondang (Tuan Puteri Gak Jetera) melahirkan anak sebiji Gondang, maka Tuan Puteri Gak Jetera telah dipukul palu dan dihalau dari istana.
Apabila cukup masa Gondang menetas, maka keluarlah anak yang diberi nama Raja Gondang. Raja Gondang telah mengetahui hal yang sebenar mengenai nasib yang menimpa dirinya dan ibunya Tuan Puteri Gerak Petera sehingga dihalau keluar dari istana. Raja Gondang ingin membalas dendam dan mencari jalan untuk berjumpa dengan Raja Besar di Istana.
Raja Gondang sengaja membuat aniaya dengan menyeksa pekerja Istana Raja Besar iaitu Wak Juara Pemikat supaya dia ditangkap dan dapat bertemu Raja Besar.
Persembahan Makyung Raja Gondang bakal dipentaskan di Panggung Eksperimen ASWARA bermula pada 23 dan 24 Ogos jam 8.30 malam.
Manakala persembahan pada 25 Ogos pula ialah pada jam 3 petang dengan tiket berharga RM20 bagi dewasa serta RM10 bagi pelajar.
Tiket-tiket boleh didapati di pintu masuk panggung.
Kamaruddin Razal
Thu Aug 15 2019
Viral Di TikTok, Hazrat Muaz Disambar Jadi Pelakon & Pengacara! - "Mulanya Saya Buat Suka-Suka Je"
Hazrat Muaz terima tawaran berlakon dan mengacara.
Nadeera Lantunkan Lagu 'Udara', OST Drama Bersiri Framed Lakonan Meerqeen & Mimi Lana
Juara Big Stage musim kelima, Nadeera Zaini tampil dengan single terbaharu berjudul Udara yang menjadi runut bunyi drama bersiri Framed, lakonan hebat Meerqeen dan Mimi Lana.
“Kalau Ada Jodoh Dengan Zul Ariffin Ada, Kalau Tiada Maka Tidak Ada” - Gayatri
Penerbit filem terkemuka tanah air, Gayatri Su-Lin Pillai masih tidak mengesahkan khabar angin bahawa dia adalah wanita yang disebut-sebut bakal menjadi isteri aktor popular, Zul Ariffin. Ketika ditemui Gempak, Gayatri masih merahsiakan status sebenar hubungannya bersama Zul. Menurut Gayatri, dirinya lebih selesa untuk berdiam diri dan berpegan
Tak Sangka Jadi Viral Hiburkan Geng Traffic Jammed, Aishah Terkejut - “Siap Ada Yang Pusing Balik Nak Tengok”
Siap ada yang pusing balik tau.
Datuk Red Mengaku Gagal Jadi Suami Yang Baik – “Orang Tengok Mungkin Senang Untuk Kahwin Dua Tapi Sebenarnya..”
Usahawan, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red akui telah gagal untuk menjadi seorang suami yang baik kepada isteri-isterinya.
Bella Astillah Dedah Sebab Kenapa Dia Ikuti Sarah Yasmine Di Instagram
Pelakon Bella Astillah tidak terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh wanita bernama Sarah Yasmine mengenai skandal yang terjalin bersama suaminya tempoh hari. Ujar Bella, wanita itu merupakan salah seorang individu dalam senarai 11 wanita yang pernah menjalinkan hubungan dengan Aliff. “Jujurnya saya tidak terkejut sebab nama dia ada dalam sen
Video Wanita Free Hair Dikucup Lelaki Didakwa Mirip Rossa Sera, Ini Penjelasan Tuan Badan! - “Itu Semua ..."
Bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera baru-baru ini tular di media sosial selepas satu video wanita mirip seakan-akan wajahnya dilihat mesra dengan seorang lelaki. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh akaun Instagram @rs92.jr, wanita itu dilihat tidak mengenakan hijab dan hanya memakai topi. Apa yang lebih menarik perhatian adalah a
Restoran Singapura Cari Penebar Roti Canai, Tawar Gaji RM5,000!
Percaya atau tidak, pekerjaan menebar roti jala mampu menjana pendapatan yang sangat lumayan… cuma anda perlu bekerja di restoran di Singapura!
Wanita Didakwa Kurung Suami Dalam Rumah 5 Jam Gara-Gara Tak Mahu Ikut Ke Kenduri, Amuk Baling Lesung Batu?
Seorang wanita didakwa telah bertindak mengunci suaminya di dalam rumah selama 5 jam gara-gara suaminya itu tidak mahu ikut serta ke kenduri.
Sambut Aidilfitri Demi Keluarga, Kaka Azraff Akui Terkesan Pemergian Ibu & Kakak - “Kita Yang Bersedih Kenapa Mereka Perlu Terkesan?”
Aidilfitri 2024 merupakan sambutan Hari Raya paling hiba buat penyanyi, Kaka Azraff apabila dirinya terpaksa menyambut lebaran tanpa dua insan tersayang iaitu ibu dan kakaknya. Berkongsi pengalaman tentang perayaan tanpa dua individu penting dalam hidup, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, mengakui sangat terkesan dengan pemergia