Hiburan

"Lepas Seminggu Dah Nampak Senyuman" - Fasha Sanda Gembira Lihat Keadaan Farahdhiya

gempak
Asraf Aided
17/01/2020
10:53 MYT
Sponsor Banner
"Lepas Seminggu Dah Nampak Senyuman" - Fasha Sanda Gembira Lihat Keadaan Farahdhiya
Pelakon Fasha Sanda akui gembira melihat keadaan Farahdhiya yang kini kelihatan lebih ceria sejak pemergian bapanya minggu lalu.
Menurut Fasha, dia tahu Farah masih berdukacita, namun melihat rakannya itu bersemangat untuk meneruskan hidup.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Alhamdulillah, lepas seminggu dah nak ada sedikit senyuman di wajah Farah, dia minta hantar gambar untuk kenangan.
"Hati semestinya masih berdukacita, tapi ketabahan dan redha untuk melalui hidup tanpa bapanya.
"Farah juga telah lakukan yang terbaik sebagai anak, Al-Fatihah buat arwah ayahnya," tulis Fasha sebagai kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Fasha di ruangan komen.
Rata-rata mereka turut bersimpati dengan Farah dan mengucapkan takziah kepadanya.
Bapa Farah, Mohd Amin Zubir menghembuskan nafas terakhir pada 9 Januari lalu.
Pada Ogos 2016, Allahyarham Mohd Amin pernah dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit Sekatan Pulmonari Kronik (COPD).
Kemudian, pada September tahun sama, Allahyarham sekali lagi dikejarkan ke hospital kerana berdepan masalah paru-paru atau Pneumothorax.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024