Lerai Spekulasi, Jue Aziz Kembali Bergelar Isteri... Nikah Ogos Lalu
Khairil Khusyairi
09/09/2024 07:14 MYT
09/09/2024 07:14 MYT
Pelakon Jue Aziz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Ridwan pada 18 Ogos lalu.
Nikah Ogos Lalu
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz berkongsi momen pernikahan mereka yang berlangsung meriah dihadiri keluarga terdekat.
Dalam video tersebut, kedua pasangan pengantin manis mengenakan busana serba putih.

“And whatever of blessings and good things you have, It is from Allah,” tulis Jue ringkas.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata rakan selebriti dan pengikut menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan sama cantik sama padan itu.
Terdahulu, Jue memuat naik sebuah klip pendek yang memaparkan dia mengenakan busana serba putih di atas pelamin.
Ternyata perkongsian tersebut membuat ramai berteka-teki dengan status pelakon tersebut.
Untuk rekod, Jue pernah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik dari Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmad Daniel pada 2014 namun jodoh tidak panjang apabila mereka berpisah pada 2019.
Mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun mengambil seorang anak angkat yang bernama Darwish Naufal, 11.