Laman Utama

Lesti Kejora Bawa Anak Tunai Umrah, Rizky Bengang Diminta Izin Melalui WhatsApp: “Di Mana Harga Diri Suami”

Maliah Surip
11/10/2022
04:55 MYT
Kisah Lesti Kejora dan Rizky Billar masih belum habis disorot media Indonesia.
Selepas tidak pulang ke rumah setelah keluar dari hospital, ternyata penyanyi dangdut tersebut mengambil keputusan mengerjakan umrah bersama keluarganya.
Menerusi beberapa keping foto dan potongan video yang beredar di media sosial, Lesti didapati telah lebih tiga hari berada di kota suci Mekah.
Selain ibu dan bapanya, Lesti dilihat mendukung anak lelaki hasil perkahwinannya dengan Rizky, Muhammad Leslar Al Fatih bersamanya.
Tindakannya yang berdiam diri selepas membuat laporan polis dirinya dipukul Rizky dan terus menunaikan umrah dipuji oleh warganet.
Malah terdapat potongan video memperlihatkan Lesti sedang menangis di hadapan Kaabah. Dalam beberapa keping foto lainnya, meski terselindung di sebalik niqab, Lesti dilihat sudah mula tersenyum walaupun sempat menjalani dugaan yang berat.
Kebanyakannya menyifatkan tindakan Lesti ‘mengadu kepada Allah’ adalah hal yang tepat daripada menceritakan keburukan atau membuka aib rumah tangganya kepada umum di media sosial.
Sementara itu, tindakan perempuan berusia 23 tahun tersebut pergi menunaikan umrah bersama keluarga ternyata tidak disenangi pihak Rizky.
Menerusi peguamnya, Adek Erfil Manurung, pihak Rizky menyifatkan tindakan Lesti yang hanya meminta izin melalui kiriman WhatsApp sebagai tidak beretika.
“Dia pergi minta izin hanya melalui WhatsApp. Seharusnya sebagai isteri, dia datang ke rumah suami dan minta izin untuk pergi (umrah). Mereka kan masih suami isteri.
“Apakah ini yang disebut seorang isteri yang baik? Apakah kerana dia memiliki kekayaan? Jadi seorang isteri boleh sesuka hatinya hanya minta izin melalui WhatsApp. Di mana harga diri suami?”ujar peguam tersebut seperti dilaporkan Detik.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Viral

Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim

gempak
24/07/2024
00:55 MYT
Selepas ‘menaburkan’ abu jenazah suami, Dali Wassink di Pantai Lembeng, Gianyar, Bali pada Ahad lalu, pelakon Jennifer Coppen kini meneruskan hidup sebagai ibu tunggal bersama anak perempuannya, Kamari.
Gaya Hidup

#Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

gempak
23/07/2024
19:57 MYT
Kisah jemaah tertipu dengan pakej-pakej murah di media sosial untuk mengerjakan haji dan umrah bagai tidak pernah terhenti.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.