Kontroversi mengenai dakwaan Lesti Keroja telah hamil saat menikah dengan pelakon Rizky Billar akhirnya terungkap.
Pengakuan itu dibuat Rizky sewaktu mereka menjadi tetamu di saluran YouTube milik Rans Entertainment seperti mengesahkan berita gembira itu.
"Saat ini kami sedang diberi amanah besar, sebuah kepercayaan oleh Allah SWT untuk kita jaga, kita didik, kita besarkan nanti. Saat ini dedek (Lesti) sedang mengandung," kata Rizky Billar ringkas.
Menerusi tayangan yang diisi dalam momen Secret of Leslar itu, Rizky juga mendedahkan dia dan penyanyi dangdut tersebut telah menikah secara siri atau mengikut agama pada awal tahun. Keduanya melangsungkan akad nikah dengan Ustaz Subki Albughuri sebagai penghulu.
Tanpa mendedahkan secara terperinci tanggal pernikahan, Rizky mengatakan mereka kemudian melangsungkan majlis secara adat pada 19 Ogos 2021 yang lalu.
"Saya harap apabila saya membuka sesuatu ini (rahsia) ia memberi pesan buat banyak orang.
Kemudian pada sebuah tayangan video, terlihat Rizky Billar mengucapkan ijab kabul.
"Itu adalah pernikahan secara agama ya?" tanya Raffi Ahmad.
"Iya awal tahun," jawab Rizky Billar seperti dilaporkan Insertlive.
Menurut Rizky, cakap cakap belakang yang diterima terutama mengenai khabar tentang isterinya telah hamil terlebih dahulu tidak dapat ditutup dengan kedua tangan mereka.
"Kita punya dua tangan bukan buat menutup mulut-mulut orang. Untuk lebih lengkap ada eksklusif di Leslar Entertainment, bisa menjawab semua pertanyaan kalian.
Video yang boleh membuka mata lebar-lebar untuk sesuatu yang berusaha kami simpan selama ini," sambung Rizky Billar.
Rizky juga menjelaskan salah satu sebab dirinya mengambil keputusan menikahi Lesti secara siri adalah untuk menjaga maruah wanita yang dicintainya itu.
"Saya harus menjaga maruah seorang Lesti sebab dia menjadi inspirasi banyak orang. Sewaktu saya dekat dengan dia, saya rasa tak boleh jika tak menikah.
Jadi biar sederhana tapi bersejarah untuk kami (menikah)," katanya lagi kepada Raffi Ahmad.
Sementara itu menerusi ruangan komen, ramai peminat yang meninggalkan ucapan selamat buat pasangan muda ini.
Malah Lesti dan Rizky juga dibanjiri dengan ucapan tahniah kerana telah hamil.
Sebelum ini pasangan tersebut tidak memberikan jawapan mengenai kehamilan Lesti biarpun diasak oleh netizen yang mendakwa bentuk tubuh dan baby bump yang sudah kelihatan sewaktu mereka melangsungkan pernikahan sebulan lalu.
Rizky sebaliknya hanya mengatakan sebagai seorang Islam, mereka dibesarkan dalam keluarga yang penuh batas agama.
YouTube: Rans Entertainment
Maliah Surip
Wed Sep 22 2021
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.
Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup
Anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengakui masih lagi berhubung baik dengan Syasya.
Ieda Moin anak tak dapat keluar lokap | YES TUAN EP 1
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Lelaki Serang Kamal Adli Mengaku Bersalah, Dihukum Penjara Selama 2 Tahun
Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis. Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lalu mengaku bersalah atas satu pertuduhan