Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lesti Kejora & Rizky Billar Nampak Bahagia Tapi Curang? Ini Kronologi Kisah Cinta Mereka

Syafiqah Jalal
30/09/2022 06:52 MYT
Kisah cinta agung pasangan dari Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar sering mendapat perhatian sehingga menjadi impian ‘couple goal’ setiap pasangan kekasih.

Namun siapa sangka, dari bunga-bunga cinta sehingga berkahwin dan dikurniakan seorang anak kini disebalik kebahagiaan industri hiburan dikejutkan dengan kisah kecurangan serta kekerasan rumah tangga yang berlaku dalam mahligai yang dibina.

Ramai yang tidak menyangka kebahagiaan yang dipaparkan selama ini seolah-olah tidak sama seperti yang dibayangkan.

Bagaimana ia boleh terjadi? Gempak imbas kembali bagaimana detik mula pertemuan mereka dan siapa sebenarnya mereka?

#1 Detik Pertemuan

Lesti dan Rizky Billar bertemu buat pertama kali secara tidak sengaja di sebuah program bual bicara yang dihoskan Tukul Arwana pada pertengahan 2020.

Sejak pertemuan pertama di program bual bicara, mereka terus menjalinkan hubungan yang lebih rapat.

#2 Lesti + Bilar = Leslar

Mereka kemudian terlibat dalam projek kerjasama dalam lagu Lesti bertajuk Kulepas Bersama Ikhlas. Seperti yang diketahui, Rizky Billar menjadi sebagai model untuk klip video tersebut.

Dari sini mereka dipanggil Leslar atau Lesti dan Billar.

#3 Ambil Hati Keluarga

Selepas menjalinkan hubungan yang rapat. Lesti dan Rizky Billar memilih untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius.

Hal tersebut dibuktikan melalui video-video YouTube milik Rizky Billar yang berkongsi momen saat keduanya saling bertemu dengan keluarga masing-masing.

#4 Dilamar

Seletah hubungan direstui keluarga mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Rizky Billar akhirnya bernikah dengan Lesti Kejora pada 19 Ogos 2021. Majlis akad nikah berlangsung di Hotel Intercontinental Pondok Indah Jakarta.

Pasangan ini dilihat sangat Bahagia

BACA: Rizky Lamar Lesti Kejora

#5 Bahagia

Tidak menunggu lama, malah pasangan ini diberi rezeki menimang cahaya mata selepas berkahwin dengan sangat cepat.

Bukti lagi cinta mereka kuat, Billar telah merancang menyewa seluruh tingkat wad bersalin di sebuah hospital ketika Lesti melahirkan anak mereka.

Namun perancangan Allah labi hebat apabila Lesti terpaksa melahirkan anak mereka dalam keadaan bayi pra matang pada 27 Disember 2021. Nama putera mereka Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

BACA: Sewa seluruh tingkat wad bersalin
BACA: Nikah Ogos Lalu, Lesti Selamat Lahirkan Bayi Pra Matang


#5 Curang & Kaki Pukul

Tiada angin tiada ribut dan tanpa disangka industry dikejutkan dengan kisah keganasan rumah tangga. Lesti sendiri membuat laporan polis berhubung kes kegananasan rumah tangganya pada 28 September lalu.

Malah dari laporan itu, Lesti dipukul selepas Lesti mendakwa pelakon tersebut menjalinkan hubungan sulit.
Jika semua bukti kukuh, Rizky yang menikahi Lesti pada tahun lalu berdepan hukuman 15 tahun penjara.

BACA: Nampak Loving , Lesti Kejora Dakwa Rizky Billar ‘Kaki Pukul’ & Buat Laporan Polis
BACA: Disyaki Curang, Rizky Billar Cekik, Hempas Lesti Kejora Ke Lantai

#Cinta #Bahagia #Curang #Rizky Billar #Lesti Kejora #Kisah #kronologi
;