Khabar yang mengejutkan datang dari pasangan selebriti muda, Rizky Billar dan Lesti Kejora.
Hal itu lantaran, Lesti secara rasmi telah melaporkan suaminya itu kepada pihak polis.
Laporan yang dibuat adalah berkaitan dengan dakwaan Rizky melakukan kekerasan dalam rumah tangga atau erti kata lainnya, kaki pukul.
Pihak polis yang menerima laporan tersebut mengesahkan penyanyi dangdut itu datang ke balai di Polres Metro Jakarta Selatan, semalam.
"Iya betul semalam, saudari LK sudah melaporkan kes yang dialaminya," kata wakil pihak berkuasa saat ditemui di Polres Metro Jakarta Selatan, lapor Detik.com.
Namun apakah jenis kekerasan rumah tangga yang dilakukan Rizky terhadap Lesti tidak didedahkan.
Sebaliknya pihak berkuasa mendedahkan jika segala bukti berjaya dikumpul dan Rizky benar benar bersalah, lelaki berusia 27 tahun tersebut diancam penjara 15 tahun.
Padahal pasangan yang berkahwin pada tahun lalu ini sering mempamerkan kehidupan bersama dan kemesraan mereka dalam media sosial.
Biarpun berita mengenai laporan keganasan rumah tangga yang dilakukan bapa kepada seorang anak ini iaitu Muhammad Leslar Al Fatih Billar, kedua dua pihak masih belum memberi keterangan rasmi kepada media.
Maliah Surip
Thu Sep 29 2022


GMW Giveaway: Tiket Tapau Fest

GMW Giveaway: Tiket Konsert Butterfingers Malayneum 23

Jijik! Pengkaji Haiwan Lakukan S*ks Dengan 42 Anjing, 39 Mati Terseksa
Adam Britton mengaku bersalah di atas 60 pertuduhan

Khairul Aming Dedah Tidak Memiliki Rumah, Hanya Ada Satu Pinjaman Bank
Ramai terinspirasi

Netizen Dakwa Zoey Rahman Dah Tak Handsome Macam Dulu, Ini Jawapan Tuan Empunya Badan…
Ye ke Zoey dah tak handsome macam dulu?

“Untuk Berkahwin Kena Jaga Niat, Bukan Sebab Nafsu Semata…” - Imran Aqil
Suka tengok Imran dan isteri, Dahlia.

Michael Ang Fobia Pernah Kena Gigit Anjing Belaan Bapa - "Kalau I Ada Kuasa I Akan Buat Law..."
Tak semua tempat haiwan perliharaan sesuai dibawa.

Guru Kritik Soalan Matematik Budak Darjah 3 Tak Masuk Akal - “Tak Dak Akidah Punya Soalan”
Memang nampak susah untuk budak darjah tiga

McDonald’s Malaysia Buat Laporan Polis Isu Pelanggan Dikenakan Caj Untuk Sos Cili Peket
Ini kenyataan daripada McDonald's Malaysia

“Saya Bukan Nabi…” - Perceraian Kali Ketiga Uji Kesabaran Engku Emran
Emran kongsi perasaannya di Instastory.