Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Letak Bayaran Tinggi Demi Bantu Rakyat Susah, Adi Putra; "Rezeki Ini Bukan Untuk Saya, Ini Rezeki Rakyat"

Amri Hassan 10/11/2020 | 00:45 MYT
Pelakon Datuk Adi Putra terkilan apabila tawaran berlakon sebuah drama bersiri ditarik balik selepas meletakkan bayaran tinggi kepada pihak produksi.
Jelas Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 39, tindakannya meletakkan bayaran tinggi dengan niat untuk membantu semula rakyat yang susah melalui gaji beliau itu.
"Saya dapat tawaran drama bersiri, saya letak gaji tinggi (yang memadai).
"Lepas tu tak jadi, dikatakan saya demand.
"Kenapa saya buat begitu? Kerana niat nak bantu rakyat yang susah dari semua gaji saya.
"Mungkin bukan rezeki mereka yang saya nak bantu, sebab pihak berkenaan tak memahami saya," tulisnya menerusi entri di Instagram pada Isnin.

Ada pihak yg faham ada yg tidak. Pada mereka, insyaAllah ada rezki tak kemana. #taatpadayangsatu #adpwithummah

A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra) on

Tambah Adi, dia tidak menyalahkan pihak berkenaan namun pendiriannya dengan meletakkan bayaran tinggi dirasakan setimpal dengan kualiti lakonannya yang memuaskan hati.
"Tapi tak salahkan letak gaji tinggi kerana mampu memberi yang kualiti?
"Rezeki ini bukan untuk saya, ini rezeki rakyat. Saya tidak mengambil bayaran pun, ia untuk mereka yang memerlukan.
"Siapa yang menulis komen negatif sebelum ini belajarlah. Semoga Allah berkati dan rahmati anda," tulisnya lagi.
Hasrat murni Adi itu dipuji sebilangan besar netizen. Mereka beranggapan Adi selayaknya menerima bayaran yang tinggi dengan kedudukannya sekarang.
"Tak salah. Bayaran setimpal dengan kualiti dan bahagian masa yang diambil dalam hidup kita," komen salah seorang pengguna.
"Apa gila ker Shah Rukh Khan Malaysia dapat bayaran rendah? Mereka ni buta hati buta kayu betullah," tambah pengguna lain pula.
"Mungkin dia tak mampu bang. Bajet lari," kata pengguna lain husnuzon.
Namun ada yang kurang bersetuju dengan tindakannya meletakkan harga tinggi dengan niat untuk bersedekah.
"Kalau tak letak gaji tinggi pun, niat itu betul-betul ikhlas nak membantu. Allah mudahkan urusan dan murahkan rezeki," tulis salah seorang pengguna.
"Letak harga tinggi sebab nak bersedekah. Kalau harga yang biasa pun boleh juga nak bersedekah. Ini apapun tak dapat. Tak ada rezekilah tu," tambah pengguna lain pula.
#pelakon #Adi Putra #Pelakon #Bayaran
;