"Letak Makanan Atas Tempat Buang Sampah Pula Tu" - Rita Rudaini Geram Penghantar Makanan Kerja Sambil Lewa
Amri Hassan
03/10/2021 23:20 MYT
03/10/2021 23:20 MYT
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal dan geram terhadap segelintir penghantar makanan yang melakukan tugas sambil lewa.
Berdepan sendiri pengalaman terbabit, dedah Rita dia terkilan apabila makanan yang dipesannya hanya dihantar dengan cara meletakkan di tempat panas dan terdedah.
Lebih mengecewakan, makanan yang dipesannya itu diletakkan berhampiran dengan tempat pembuangan sampah.
"Benda makan... rezeki... letak dekat tempat panas dan terdedah. Apa salahnya letak dekat tempat teduh.
"Inilah segelintir penghantar makanan yang tidak ikhlas dan tak bertanggungjawab pada kerja dan rezeki dia sendiri.
"Makanan diletakkan atas tempat buang sampah pula tu," tulis Rita menerusi hantaran di Instagram Stories pada Ahad.
Pun begitu, tegas Rita, dia tidak memukul rata menuduh semua penghantar makanan punyai sikap sedemikian.
"Saya bukan cakap semua.. Ada sesetengah hormat dengan makanan, pergi letak depan pintu atau tempat tertutup dan siap lapik lagi," tambahnya.