Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Letak ‘Standard’ Tinggi Terhadap Lelaki, Leona Sukar Cari Jodoh - “Gigi Kena Teratur, Rupa Saya Tak Kisah Sebab Kebanyakkan Bekas Kekasih Bukanlah Kacak”

Asyikin Mayudin
12/08/2024 02:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona mengakui disebabkan dia meletakkan ‘standard’ yang tinggi terhadap seseorang lelaki telah menyukarnya untuk mencari pasanganh hidup.

Lelaki Matang

Tidak mementingkan rupa paras, Leona bagaimanapun berkata dia lebih selesa dengan lelaki yang matang selain berusia daripadanya dan susunan gigi yang cantik.

“Sebenarnya susah juga mahu cari teman hidup sebab standard saya sangat tinggi dan kebanyakannya tidak mencapai piawaian itu. Setakat ini tiada siapa mampu ‘impress’ saya.

“Saya suka orang yang matang dan lebih tua daripada saya, gigi kena teratur tidak boleh berterabur. Soal rupa saya tidak kisah sebab kebanyakan bekas teman lelaki saya pun bukanlah kacak sangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Hangat Bercinta, Leona & Gabriel Prince Tampil Ulas Status Hubungan Terkini - "Sebenarnya Kami ..."


ARTIKEL BERKAITAN: Isu Dakwaan Rampas Kekasih Leona Masih Dipersoal Umum, Cupcake Aisyah Mohon Semua Move On

“Personaliti lagi penting bagi saya,” kata Leona ketika ditemui media baru-baru ini.

Pada perkongsian yang sama, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini turut memberitahu dia sudah mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan biarpun tiada calon suami lagi.

Rancang Kahwin

“Saya merancang untuk kahwin tahun depan, memang saya tiada calon lagi tetapi itu merupakan impian saya, harapnya perkara itu tercapai.

“Tahu saya masih muda tetapi saya memang nak jadi ibu di usia muda sebab saya sangat sukakan kanak-kanak. Semuanya hanya harapan, kalau ada jodoh, jangan terkejut kalau saya kahwin tahun hadapan.

“Jujurnya saya memang tiada calon langsung, memang saya cakap mahu kahwin tahun depan tetapi saya sibuk dengan kerjaya dan mencari wang sehingga tiada masa mencari cinta mahupun keluar ‘dating’.

Bapa Dah Tahu

Melanjutkan bicara, Leona memberitahu bapanya sudah sedia maklum tentang hasratnya itu, namun dinasihatkan untuk menamatkan pengajiannya terlebih dahulu.

“Ayah saya tahu, jujurnya satu keluarga sudah tahu saya mahu berkahwin tahun depan, mereka tidak kata apa-apa dan menyokong usaha murni itu.

“Cumanya saya kena habiskan belajar dan selesaikan apa yang perlu terlebih dahulu, selebihnya mereka okey sahaja asalkan saya bahagia,” ujarnya.

#Influencer #Kasih Iris Leona #Leona #Bekas kekasih Leona #Pempengaruh media sosial #Leona jodoh #Leona pasangan hidup