“Letih Fikiran, Letih Tenaga, Pitt… I Have To Be Strong” – Allahu, Sebaknya Coretan Fauziah Nawi Untuk Arwah Anak

Mya Amri
November 30, 2019 13:17 MYT
Pelakon Fauziah Nawi, 66, tidak dapat menahan rasa rindu terhadap arwah anaknya yang juga pengarah filem, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau Pitt Hanif, 43.
Luahan rasa itu diluah Fauziah menerusi salah satu posting diakaun Instagramnya semalam.
Menurut Fauziah, dia berasa sebak apabila memikirkan tentang cucu-cucunya.
“Bismillahirrahmanirrahiim. Hari ni dah 30hb November 2019. Hari ni birthday nyawa Mohd Firdaus bin Hj Mohd Hanif, Dhia Farhana yang ke-16 tahun.
“Cepatnya masa berlari ya Pitt. Tahu-tahu nanti Dhia nak kahwin... Entah mama sempat tengok ke tidak nanti.
“Yang pasti macam baba tak sempat tengok Pitt kahwin tak sempat jumpa menantu kerinting tak sempat jumpa Dhia, Mhia, Thia dan Pitt juga begitu.
“Pitt mama letih fikiran... Letih tenaga... Hati mama macam dihiris sembilu... Mama letih dengan projek sekarang ni...
“I'm surrounded with morons... licik dan lihai... If I have my way I just want to put everything on hold... Pull my break but I can’t because it's not me running from problems...
“Pitt, I have to be strong... Ini semua game saikologi... I hate it when I'm right... Mama berdoa Allah melindungi mama.
“Pitt buah hati... Setiap detik Pitt sentiasa dalam doa mama. Pitt gambar yang Gullit share ni Pitt nampak sedih.
“It breaks my heart... Pitt your nyawa-nyawa semua… Alhamdulillah, kerinting jadi benteng kekuatan... Pitt sampai jumpa lagi,” tulisnya.
Terdahulu, Pitt dilaporkan lemas ketika memancing selepas bot yang dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang karam sekitar pukul 1 tengah hari pada Oktober lalu.
Pitt yang juga anak sulung daripada dua beradik meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad dan tiga anak berusia di antara tujuh hingga 16 tahun.
#pelakon #Pelakon #Fauziah Nawi